Saya ajak kekasih main video bola sepak je bukan buat apa pun, kata mekanik ketika disoal pegawai agama

0

 


Seorang remaja memberikan alasan kepada penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Melaka (JAIM) ketika ditahan atas dakwaan berkhalwat bersama kekasihnya di sebuah bilik hotel di daerah Melaka Tengah awal pagi semalam. 


Seramai enam individu, yang terdiri daripada tiga pasangan berusia antara 19 hingga 23 tahun, telah ditangkap dalam operasi di empat hotel bermula pukul 11 malam semalam hingga pukul 4 pagi oleh pihak JAIM. 


Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, menyatakan bahawa operasi tersebut telah dilakukan berdasarkan maklumat awam serta risikan oleh pihaknya.


"Pasangan berusia 23 tahun yang berasal dari Pahang itu mengambil masa 10 minit untuk membuka pintu bilik hotel selepas diketuk penguat kuasa JAIM ketika pemeriksaan 2.30 pagi.




"Ketika disoal siasat lelaki yang juga mekanik itu mengatakan ingin mengajak pasangannya bermain permainan video bola sepak sebelum kedua-duanya ditahan kerana berkurung di dalam bilik hotel hingga menimbulkan syak tanpa ikatan perkahwinan sah," katanya dihubungi Harian Metro, hari ini.


Che Sukri berkata, satu lagi pasangan penuntut universiti mendakwa datang dari Johor ke Melaka semata-mata ingin meraikan hari jadi sebelum mendaftar masuk ke hotel.


Katanya, semua pasangan itu ditahan mengikut peruntukan Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.


"Tangkapan ini adalah hasil kerjasama Ahli Rakan Setiaku JAIM yang menyalurkan maklumat," katanya.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)