Jangan beritahu ayah saya kerana kalau dia tahu, mampos saya kena pukuI, rayu wanita 22 tahun

encik gotenks
0

PENAFIAN : GAMBAR DALAM ARTIKEL INI HANYA SEKADAR HIASAN

“Jangan beritahu ayah saya kerana kalau dia tahu, mampos saya kena pukuI,” itu rayu seorang wanita berusia 22 tahun kepada pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas dicekup bersama pasangannya dalam bilik sebuah hotel bajet di Bachang di sini, kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Wanita itu antara 12 individu yang ditahan JAIM dalam Operasi Cegah Maksiiat dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi di Pantai Dataran 1Malaysia, Klebang di sini, sebuah pusat judi serta lima hotel di sekitar Bachang dan Jalan Tun Ali.

Wanita yang belajar di sebuah institut kemahiran di Masjid Tanah itu memberi alasan menemani pasangannya yang sebaya untuk berehat akibat kepenatan selepas selesai melakukan ulang kaji.

“Selepas mengulang kaji pelajaran, seorang rakan lelaki saya mengambil keputusan menempah bilik hotel dan kami merancang menggunakan kemudahan itu secara bergilir-gilir untuk berehat.

“Walaupun bersama rakan lelaki dalam bilik, kami hanya berehat dan tidak melakukan sebarang perkara tidak senonoh. Saya merayu jangan maklumkan hal ini kepada ibu atau ayah saya,” katanya.

Dalam operasi itu, tiga pasangan ditangkap bersekedudukan termasuk pelajar berusia 15 tahun serta pasangan warga asing yang masing-masing sudah bersuami dan beristeri.

Dalam serbuan di sebuah hotel di Bachang, lelaki Bangladesh berusia 32 tahun dan pasangannya, wanita Indonesia berusia 28 tahun yang masing-masing sudah berkahwin ditahan selepas disyaki berkhalwat.

Hasil siasatan awal mendapati pasangan itu mendakwa sunyi berikutan berjauhan daripada isteri dan suami masing-masing yang berada di negara asal.

Pengarah JAIM Ismail Hamad berkata, semua individu yang ditahan berusia antara 15 hingga 32 tahun yang disiasat mengikut Sesyen 53, Enakmen Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman yang boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)