Pengasas perubatan Islam terkenal ditangkap 'berpeluh' dalam bilik bersama pekerjanya

encik gotenks
0

akwa sudah bernikah di negara jiran pada 2012, namun gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan ketika diminta pihak berkuasa.

Itu tindakan lelaki warga emas dipercayai pengasas sebuah pusat perubatan Islam di sini ketika dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan pekerjanya di sebuah rumah teres di Masjid Tanah, jam 11.30 malam tadi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam berhubung kegiatan lelaki warganegara jiran berusia 60-an bersama pasangannya berusia 40-an.

Menurutnya, hasil siasatan, pihaknya mendapati lelaki itu mengamalkan kaedah 'perubatan jarak jauh' bagi membuang saka dan mempunyai ribuan pengikut di seluruh negara termasuk mempunyai saluran YouTube sendiri.

"Bertindak atas maklumat itu sepasukan penguat kuasa Jaim mengesan aktiviti maksiat di sebuah rumah teres di sini dan berjaya menahan lelaki itu bersama pasangannya yang juga ibu tunggal anak satu.

"Dia mendakwa sudah berkahwin di negara jiran pada 2012, namun gagal menyerahkan dokumen pernikahan yang sah apabila diminta dan memberi alasan ia sudah diserahkan kepada pihak lain untuk urusan pendaftaran walaupun sudah hampir 10 tahun," katanya kepada media selepas menyertai operasi cegah maksiiat di sini yang berakhir pada 3.30 pagi itu.

Che Sukri berkata, kes disiasat mengikut Sesyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 kerana berkurung atau bersekediaman sehingga mendatangkan syak, dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Che Sukri berkata, pihaknya sedang memantau kaedah perubatan jarak jauh diamalkan lelaki terbabit dan merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

"Kita sedang menunggu keputusan terakhir daripada pihak Jawatankuasa Fatwa, jika kaedah rawatan itu disahkan bertentangan dengan Islam, mereka berhak untuk halang dia termasuk menasihatkan pengikutnya supaya tidak mendekati kaedah rawatan itu," katanya

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)