Saya Terkejut Mahkamah Keluarkan Perintah Rumah Arwah Ibu Bakal Disita, Kata Ali Puteh

0

 


Pelawak terkenal, Ali Puteh, mengalami kejutan apabila menerima surat daripada mahkamah yang memberitahu bahawa rumah milik ibunya, Sabariah Arsha, bakal disita. 


Beliau memberitahu dalam temubual bersama program Melodi bahawa arahan tersebut dikeluarkan selepas gagal membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Nor Hidayah, balu Allahyarham Abam.


Menurut Ali, beliau terkejut mengapa harta pusaka arwah ibunya perlu disita dalam kes tersebut, yang sebenarnya melibatkan antara beliau dan balu arwah abangnya. 


Beliau merasa pelik dengan keputusan tersebut dan sedih kerana rumah tersebut mempunyai nilai sentimental yang tinggi bagi keluarganya.

@melodiberapi Nampaknya pertelingkahan antara Ali Puteh dan Norhidayah semakin berpanjangan.. #meloditv3 #fypシ゚viral #ceritaartismalaysia #aliputeh #norhidayah ♬ original sound - Melodi


“Saya pun terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada pakcik saya mengatakan rumah arwah mak saya.. mahkamah keluarkan perintah untuk menyita.


“Jadi saya peliklah, ini harta arwah mak saya, kenapa pula untuk dijadikan sebagai cagaran ataupun sita. Yang menjadi kes RM60,000 ini adalah antara saya dengan balu arwah abang saya.


“Tapi saya pelik, kenapa kaitkan dengan harta arwah mak saya dan dicampur adukkan dalam kes saya dengan balu arwah abang saya yang RM60,000 tu.




Rumah arwah mak saya ini adalah di atas nama arwah mak saya, arwah bapa tiri saya. Bukannya nama saya. Mana hati budi seseorang? Saya ada anak kecil tau.


“Dengan sitaan mahkamah, surat bercop daripada mahkamah. Benda ini tak sepatutnya terjadi. Nak balas dendam kononnya ini hukum karma. Tak sebenarnya bukan, saya dah tekankan.. kes ini berlainan,”




Mengenai pembayaran RM60,000, Ali berkata dia bukannya enggan membuat pembayaran namun pendapatannya terjejas dan mungkin boleh membayar secara ansuran.


“Banyak yang tanya RM60,000 itu dah bayar ke belum. Memang belum buat bayaran pasal kes ini pendapatan kerja saya dah tak macam dulu. Kerja atau show dah tak ada, susah.


“Bukannya saya nak menolak untuk membayar RM60,000 tu, saya akan cuba membayarnya juga. Cuma saya tak boleh lah nak campak sekali gus sebab saya pun ada tanggungan, dengan kerjaya tak ada langsung. Mungkin kita cuba akan membayar secara ansuran,” kongsi Ali.


Sumber : ROTIKAYA

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)