Demi sesuap nasi, Ali Puteh jual baju tidur kanak-kanak, tak sangka jualan onlinenya dapat sambutan diluar jangkaan

0

 



Pelawak Ali Puteh mengucapkan rasa syukur kerana usaha perniagaannya menerusi platform media sosial mendapat sambutan baik daripada netizen walaupun beliau tidak menerima tawaran seni untuk tempoh yang lama. 


Meskipun begitu, Ali yang juga dikenali sebagai Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, menghadapi konflik dengan Nor Hidayah Mohd Ali, balu Allahyarham Abam. 


Walau bagaimanapun, jualan atas talian yang dijalankan oleh Ali tidak terjejas oleh konflik tersebut dan masih terus diterima oleh para pengikutnya.


"Saya mula berniaga pada bulan puasa ini, sebelum ini perniagaan ini diusahakan oleh isteri saya dan ada juga terlibat dengan mana-mana ekspo. Tapi semenjak puasa saya pula yang mengambil alih dan berniaga di atas talian. Saya berniaga baju kanak-kanak dengan haruman buat sementara ini.


"Alhamdulillah sambutan menggalakan dan sangat baik, penghantaran pun dah banyak. Alhamdulillah banyak orang-orang kita yang sokong... yang kecam-kecam pun banyak juga," katanya.


Menerusi laman TikTok, Ali dilihat menjual pakaian tidur kanak-kanak. Antara pilihan kartun yang dijual adalah Baby Shark, Captain America, Hello Kitty, Doraemon, Squid Game, BoBoiBoy, The Avengers, Spiderman, Upin Ipin dan Batman.




Kata Ali, 34, harga yang dijual adalah RM28 untuk tiga pasang baju.


Jangan salah sangka. Kalau orang lain nak cakap saya jual mahal, terpulang. Saya tak jual sepasang tetapi sekali tiga set.


Pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan juga beberapa kali menadah tangan apabila orang ramai membeli hasil jualannya.


Alhamdulillah ada yang order lagi. Ya Allah semoga murah rezeki awak. Terima kasih banyak.


Berkongsi mengenai perniagaannya online diusahakan, Ali memberitahu dia tidak melakukan bayaran tunai semasa penghantaran (COD) kerana bimbang ditipu.




Justeru itu, dia menggunakan pembayaran perbankan atas talian yang sememangnya selamat dari penipuan.


"Nak kata lumayan sangat itu tidak tapi dapat menampung hidup saya daripada tidak buat apa-apa semasa bulan puasa ini. Sehari dapat juga saya jual 100 helai baju kanak-kanak. Saya syukur sangat ramai yang menyokong perniagaan saya," ujarnya.


Sebelum ini, media melaporkan Ali sudah lebih enam bulan tidak menerima tawaran kerja seni sekali gus menyukarkan dirinya untuk membayar RM60,000 kepada Hidayah secara tunai dengan segera.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)