Sudah bertahun saya tak tahu perkembangan akaun instagram milik arwah abang saya, kata Ali Puteh

0

 



Ali Puteh menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai akses kepada akaun media sosial milik arwah abangnya, Abam Bocey, selepas beliau meninggal dunia tiga tahun lalu. 


Beliau juga menyatakan bahawa ahli keluarganya turut disekat daripada melihat akaun tersebut.


"Takkan saya nak tunjuk yang saya pun sudah disekat. Apa yang boleh saya katakan adalah saya tidak tahu menahu mengenai Instagram milik arwah abang saya.


"Apa pun, Instagram ini hanya sekadar permainan industri. Apa yang penting adalah untuk memberikan bacaan Al Fatihah buat arwah abang saya.




"Bukan apa, sekiranya tidak boleh melihat akaun itu takkan saya hendak paksa pula. Bukan baru sehari dua, namun sudah bertahun sebenarnya," katanya.


Ali ketika ditemui di rakaman Melodi Raya di Luxury Garden Hall, Cyberjaya, baru-baru ini memaklumkan proses pembayaran itu akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.


Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram (IG), dua tahun lalu.


Tegasnya, biarpun alternatif untuk berdamai di luar mahkamah pernah terlintas, namun ditolak oleh kakak iparnya iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali.




"Sebenarnya jalan untuk berdamai itu yang saya pilih namun ditolak. Mungkin jika ingin berdamai lagi akan bertambah hal. Bukan tak nak bayar, cuma kalau boleh nak bayar secara ansuran.


"Namun permohonan itu pun ditolak, jadi mesti ada yang tidak kena. Saya cuma memikirkan arwah anak abang saya yang berada di situ. Selepas tiga tahun arwah Abam meninggal dunia pun kami tidak dapat berjumpa dengan Hamzah.


"Bukan saya saja, malah arwah mak saya meninggal dunia pun tak berjumpa. Saya bukan nak salahkan sesiapa, cuma akan mencuba juga sebaik mungkin untuk bayar secepat mungkin," katanya.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)