Saya takkan mulakan hubungan atas kesengsaraan orang lain, kata Shila Amzah

0

 


"Di sini saya menegaskan, saya tidak akan pernah memulakan sesuatu hubungan di atas kesengsaraan orang lain. Itu adalah prinsip saya sejak dulu lagi".


Begitulah komen penyanyi Shila Amzah apabila dituduh sebagai perampas ketika mengumumkan hubungan cintanya dengan pengaruh media sosial, Ubai Mz atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25.


Shila atau Nur Shahila Amir Hamzah, 33, berkata, jika benar Ubai mempunyai hubungan dengan wanita lain, dia tidak akan menganggu mereka.


Katanya, dia tidak akan pernah memulakan hubungan dengan menimbulkan penderitaan orang lain dan itu bukanlah sifatnya.


"Yang diperkatakan itu hanya kawan-kawan saja. Malah, anda semua pun sudah sedia maklum mengenai media sosial. Kalau baca dan melihat di media sosial, pastikan kesahihannya dulu kerana tidak semuanya betul. 




"Semuanya dibayar dan menerusi syarikat pengurusan untuk tujuan pemasaran saja. Malah, Ubai juga banyak belajar daripada situasi ini. Kadang-kadang ada orang yang mengada-adakan sesuatu. 


"Dia berada dalam muzik video lagu berkenaan dan cerita itu direka oleh syarikat rakaman bagi menghangatkan pemasaran lagu berkenaan. Bagi saya tidak perlu, kalau kita bagus 'settle' jalan. 


"Biarlah asalkan mereka yang membuat cerita ini berbahagia. Mungkin juga sekarang sedang musim curang dan merampas. Benda tiada apa pun sebenarnya," kata Shila.


Shila berkata secara ekslusif kepada Melodi, tuduhan berkenaan bertentangan dengan prinsipnya sedari dulu lagi. Malah, dia juga lebih selektif selepas bergelar ibu tunggal pada tahun lalu.


"Seandainya saya mahu, saya tidak perlu tunggu sehingga sekarang. Terutama selepas saya memegang status baru (janda), ada pelbagai jenis orang yang cuba untuk mendekati.



"Kebanyakkannya sudah berkahwin dan sudah berpunya, memang boleh pergi ke arah situ namun niat tidak menghalalkan cara. Tepuk dada, tanya selera," kata Shila.


Pendedahan itu dibuat oleh Ubai dan Shila selepas melakukan sesi siaran langsung di TikTok beberapa minggu lalu.


Untuk rekod, Shila bercerai dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 setelah empat tahun berkahwin.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)