Pemuda lulusan ijazah PR0V0KASl dan halang tugas polis ketika dikompaun direman 4 hari

Anonymous
1

 


Seorang pemuda yang menganggu tugas anggota polis semasa dikenakan kompuan kerana tidak memakai pelitup muka dan menularkan video insiden itu dalam Facebook direman selama empat hari sehingga 24 Julai ini bagi membantu siasatan polis.


Penolong Pendaftar Hairol Azhar Mohd Ishak telah mengeluarkan perintah reman empat hari itu ke atas suspek selepas pemuda tempatan itu dibawa dengan tangan bergari diringi polis Petaling Jaya ke Mahkamah Majistret 10.30 pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Muhamad Fakhrudin Abdul Hamid yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya akan mengangkat kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya apabila ia siap nanti.


Katanya, lelaki tersebut yang berusia 29 tahun itu ditahan di kediamannya di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara pada jam 10 malam tadi selepas kejadian prov0kasi dan memaaki hamun polis di sebuah stesen minyak di Sri Damansara pada jam 12.30 tengah hari kelmarin.





“Semasa taangkapan di kediamannya, lelaki itu merakam live di media sosial Facebook sebagai enggan memberi kerjasama petugas awam menjalankan tanggungjawabnya,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.


Menurut Muhamad Fakhrudin, lelaki tersebut disiasat di bawah Seeksyen 186 Kanun Keseeksaan kerana enggan memberi kerjasama kepada pihak polis semasa menjalankan tugas.


Tambah beliau, selain itu lelaki tersebut turut disiasat di bawah Seeksyen 504 kanun yang sama kerana sengaja mengaiibkan anggota polis dengan niat hendak membangkitkan peecah keamanan.

Ujarnya, dia turut disiasat mengikut Seeksyen 505(b) Kanun Keseeksaan kerana mengeluarkan kenyataan mendatangkan khiianat awam dan Seeksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana menularkan rakaman tersebut ke laman media sosial dan Seeksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. 


Sumber – MalaysiaGazette

Tags

Post a Comment

1Comments
  1. The Eight-Wheel Classic - TITIAN Arts
    The eight-wheel febcasino.com classic bicycle https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ is available titanium flat iron in six sizes. https://septcasino.com/review/merit-casino/ The Bicycle Wheel is a classic bicycle made in USA, but there are three variations wooricasinos.info in

    ReplyDelete
Post a Comment