Header Ads

Nadir Al-Nuri Lahir di Scotland, Anak Seorang Profesor, Mengahwini Balu Syahid Dan Ada 7 Anak, Kehidupan Sederhana Jadi Inspirasi Ramai!

 


Bermula dengan pembabitan dalam misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin di Gaza tiga tahun lalu, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman kini menjadi 'bapa segera' kepada lima anak yatim negara itu.


Misi kemanusiaan yang disertai oleh Muhammad Nadir lebih kepada membela anak yatim yang bapa mereka maati syahid dalam pepeerangan menentang ziionis.


Pemuda itu kini adalah suami kepada seorang balu pejuang Palestin, Reem Al-Minawi, 35.


Mereka bernikah Mei lalu selepas berkenalan selama tiga tahun.


Tidak pernah menduga ketentuan jodohnya itu, Muhammad Nadir, yang dikenali sebagai Nadir al-Nuri berkata, beliau memilih untuk berkahwin dengan wanita itu sebagai satu cara untuk memudahkan perjuangannya.



"Saya mula berada di bumi Palestin sebagai pelajar jurusan Syariah di Universiti Islam Gaza dan nekad untuk membantu anak-anak yatim di situ dengan menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dipanggil Persatuan Cinta Gaza atau "From Gaza With Love".


"Perkenalan dengan Reem Al-Minawi bukanlah secara langsung sebaliknya menerusi anak sulungnya, Naeem Mushtaha yang ketika itu berusia 13 tahun.


"Naeem ketika itu banyak membantu menguruskan urusan kebajikan saya dan saya kemudian tergerak hati untuk mengenali keluarganya lalu bertemu dengan Reem. Tiga tahun saya ambil masa sebelum menikahinya," katanya kepada BH.


Bekas pelajar Sains Marin, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berkata, perjalanannya untuk mengahwini seorang balu syuhada Gaza tidaklah semudah disangka kerana pelbagai rintangan terpaksa dilaluinya.


"Sukar untuk Reem dan keluarganya menerima saya apatah lagi saya adalah 'orang luar'. Menjadi budaya warga Palestin untuk sukar untuk menerima orang bukan daripada bangsa mereka.


"Malah keluarga saya di Malaysia pada awalnya tidak menyokong hasrat itu khususnya apabila saya perlu memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada lima anak.


"Alhamdullilah tiga tahun saya bersabar dan segala-galanya dipermudahkan oleh Allah dan saya dengan Reem akhirnya bersatu. Kami sekeluarga kini penggerak kepada  Persatuan Cinta Gaza," katanya.



Nadir Al-Nuri  mengakui kehidupannya bertambah berkat apabila keluarga baharunya hadir membahagiakannya.


"Benar janji Allah mengenai rezeki ketika kita membela nasib anak-anak yatim. Saya merasai keberkatan hidup dan rezeki yang datang untuk kami juga tidak putus," katanya.


Katanya Persatuan Cinta Gaza, sentiasa komited untuk membela nasib anak yatim Gaza dan mengatur pelbagai program khususnya mendapatkan dana bantuan untuk mereka.

Bapa Nadir iaitu Prof Dr Kamaruzaman Yusoff merupakan seorang ahli akademik terkenal di UTM. Dia dibesarkan dengan asas pendidikan yang kuat dimana Nadir sendiri adalah bekas mahasiswa Asasi Sains UM, graduan Ijazah Sains Marin (UMS), Diploma Syariah dan Bahasa Arab (Kolej Antarabangsa Damsyik) dan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Universiti Islam Gaza).

“Mengenang hari-hari di Gaza, kadangkala saya pelik sendiri bagaimana ianya dilalui. Elektrik yang datang seadanya, sempadan yang dibuka mengikut selera, keluarga yang terpisah bertahun lamanya. 


Mungkin, di dunia yang ini, untuk saya sudah ada suratan. Suratan bahawa hidup saya untuk mengusap kepala anak yatim dan menyuap sang miskin, untuk berko0rban usia membebas Palestin, dan bersedia, pada bila-bila masa, kalau ada ikhlas dan istiqamah, diseru Allah bertemu-Nya dengan tangan ibu dan ayah dipimpin.” Nadir Al-Nuri


Penafian : Artikel dari berita harian pada 2019

No comments:

Powered by Blogger.