Pendaftaran vaksin C0VID-19 bagi kanak-kanak dan remaja kini dibuka menerusi aplikasi MySejahtera

Anonymous
0

 


Pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera.


Perkara itu disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi C0vid-19 Kebangsaan (CITF) pada Rabu.



Katanya, pada peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara diberikan keutamaan.


"Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi juga menjadi keutamaan untuk mendapatkan vaksin C0vid-19," katanya.



Tular di aplikasi WhatsApp sebelum ini bahawa pendaftaran pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak mula dibuka.


Ia diikuti beberapa langkah untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga membuat pendaftaran terhadap tanggungan mereka.

Sumber : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)