Pakai macam badut dan nampak murahan, chef wan kecam busana pakaian tradisional atlet negara di Olimpik Tokyo

Anonymous
0

 


Seperti yang kita sedia maklum, malam semalam telah berlangsung acara pembukaan Sukan Olimpik yang diadakan di Tokyo, Jepun.


Setiap atlet yang mewakili negara masing-masing memakai pakaian yang melambangkan adat dan budaya negara mereka yang tersendiri. Tidak terkecuali dengan penampilan atlet Malaysia yang dilihat memakai busana berkonsepkan pakaian tradisional Melayu.


Ramai rakyat Malaysia yang memuji dan suka melihat penampilan atlet yang dilihat anggun dan segak menggayakan pakaian tradisional ini. Namun lain orang lain pandangan, Chef Selebriti Datuk Chef Wan dengan lantang mengecam secara peribadi terhadap delegasi atlet negara kita yang memakaian pakaian tradisional Melayu semalam.


Chef Wan mengatakan pakaian itu kelihatan tidak menarik dan kelihatan murahan.Menurutnya lagim selain dari kelihatan agak serabut atau cacamarba, Chef Wan turut melabelkan atlet yang menyarung busana berkonsapkan pakaian tradisional Melayu, bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita tersebut seperti badut, disebabkan paduan warna kuning dan merah.


“Pandangan pertama saya, lah tak menarik langsung? Kenapa mereka pakai macam badut. Kuning, merah dan corak geometrik, semak! Kerja menjahit pun nampak tak kemas dan kelihatan murah,” katanya lagi.


Beliau juga menambah, Malaysia sebenarnya kaya dengan kepelbagaian budaya dan baju kebangsaan kaum lain boleh diketengahkan kepada dunia.

Saranannya, memandangkan acara tersebut diadakan lima tahun sekali, jadi tidak salah sekiranya usaha lebih diberikan terhadap rekaan kostum atlet negara dengan membuka undian kepada pereka tempatan dan rakyat Malaysia boleh mengundi hasil kerja yang terbaik.

“Paling tidak satu dunia tengok macam mana rupanya. Sekurang-kurangnya mereka akan kata, wow itu Malaysia! Tersendiri dan menyerlah.

“Ini tak habis-habis dengan si Hang itu, Hang ini! Apa kata anda? Atau cuma mata saya yang nampak lain. Inspirasi daripada Hang Tuah? Tak sudah-sudah pusing situ juga,” ujarnya.


Di sebalik ‘hentamannya’, cef selebriti itu pada masa sama tidak lupa menyampaikan ucapan selamat berjuang kepada barisan atlet tanah air demi mengejar misi memburu pingat emas.

“Tiada apa yang kami harapkan selain yang terbaik untuk mereka. Doa-doakan semoga semua selamat dan sihat-sihat selalu dalam usaha mengharumkan nama negara.

“Sangat berbangga dengan pencapaian dan pengorbanan mereka yang berusaha gigih untuk pertandingan ini, Insya-Allah,” katanya lagi.

Semalam, seramai 13 wakil kebangsaan termasuk atlet dan pegawai berarak masuk ketika acara pembukaan Olimpik Tokyo lengkap berbusana dengan tema Laksamana Hang Tuah.

Acara tersebut menyaksikan tugas pembawa Jalur Gemilang diberikan kepada atlet badminton negara, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying.

Warna pakaian kontinjen negara diinspirasikan daripada warna Jalur Gemilang dan direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. 

Sumber : – K! ONLINE

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)