Pegawai kerajaan pencen ternyata 'kebal', renung matahari selama sejam tanpa berkelip

encik gotenks
0

 


Seorang lelaki warga emas dari India mencipta rekod kebangsaan dengan merenung ke arah Matahari selama sejam secara berterusan tanpa berkelip atau memakai kaca mata, lapor laman berita Oddity Central semalam.


MS Verma, 70, sebelum itu telah berlatih selama 25 tahun untuk melakukan aksi tersebut selepas mendapat inspirasi daripada seorang pakar kerohanian di negara itu.


Percubaannya untuk mencipta rekod tersebut dipantau oleh wakil daripada India’s Book of Records serta sekumpulan ahli politik dan pakar perubatan.


Selepas sejam merenung Matahari tanpa berkelip atau memakai kaca mata, penglihatan MS dan keadaan kesihatan matanya didapati masih normal.


Meskipun pegawai kerajaan pencen itu dilihat tersenyum dan tiada sebarang kesan ke atasnya selepas mencipta rekod tersebut, pakar-pakar memberi amaran bahawa tindakannya yang merenung Matahari secara berterusan itu amat berbaahaya dan berisiko menyebabkan kerosakan retina mata yang tidak dapat dipulihkan.



MS berjaya memecahkan rekod sebelum ini yang dicipta seorang lelaki, juga dari India beberapa tahun lalu yang merenung Matahari secara terus selama 10 minit.


Dia juga mengakui telah bersiap sedia untuk melakukan aksi yang sama bagi memecah rekod dunia Guinness World Records selepas ini. – Agensi 

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)