Saya minta maaf kena buat kenyataan meIampau, kata Jurulatih Badminton

0

 


Bekas pemain badminton pelapis percubaan negara, Bong Guang Yik memohon maaf susulan kenyataan berbaur perkauman menerusi video yang dimuat naik di media sosial.


Guang Yik berkata dia terdorong untuk berkongsi pendapat mengenai perkembangan semasa badminton di Malaysia tetapi mengakui sudah melangkaui batas apabila menyentuh soal kaum dan agama.


"Saya ingin memohon maaf kepada semua. Sebab utama saya memberikan komen adalah kerana saya sangat meminati sukan ini.



"Saya merasakan bahawa saya mempunyai tanggungjawab untuk cuba meningkatkan badminton dan industri sukan untuk manfaat semua. Sebab itu, saya katakan semua peringkat pengurusan perlu dalam keadaan baik," katanya menerusi video terbaharu yang disiarkan, hari ini.


Bagaimanapun, Guang Yik mengakui dia tidak sepatutnya menyentuh mengenai perkauman dan agama dan isu berkenaan.



Baru-baru ini, tular video di media sosial mengenai kenyataan Guang Yik yang berbaur perkauman apabila dia mengkritik pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).


Dia ketika ini dilaporkan menetap dan berkhidmat sebagai jurulatih badminton di China.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)