Pakar Pendidikan cadang sesi persekolahan bermula jam 8 pagi

0

 


Sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia perlu dimulakan pada pukul 8 pagi bagi mempermudahkan guru, ibu bapa dan pelajar menguruskan masa. 


Dr. Anuar Ahmad, Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata kerajaan harus memahami dan merasa belas kasihan terhadap keadaan guru, ibu bapa dan pelajar.


“Ada yang terpaksa bangun seawal pukul 4.30 pagi kerana jika di bandar terpaksa meredah kesesakan jalan raya seawal pukul 6 pagi untuk ke sekolah.



“Sekolah pedalaman pula, anak-anak kecil terpaksa jalan di becak dan berlumpur serta ada yang terpaksa meredah denai kecil atau berperahu sedangkan hari masih gelap.


“Malah ada anak-anak yang tidak sempat bersarapan bersama keluarga kerana terpaksa bergegas ke sekolah,” katanya dalam satu kenyataan


Beliau berkata, 



“Sekiranya kerajaan prihatin dengan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, apa salahnya melakukan sesuatu yang betul untuk rakyat dengan memulakan sesi persekolahan pada pukul 8 pagi.


“Ini juga selaras dengan meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera,” katanya.


Sumber : – UTUSAN

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)