Padah curi milo bernilai RM73, ibu anak 4 dipenjara 14 bulan

encik gotenks
0

Seorang suri rumah dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mencuri dua peket Milo bernilai RM73 di sebuah pasar raya di sini pada 25 Mei lalu.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Suhaini Mohd., 43, yang juga penagiih daadah membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan fakta kes, pemilik pasar raya mengesan aksi mencurigakan Suhaini disyaki mencuuri menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Beliau kemudiannya mengekori tertuuduh sebelum wanita itu nekad melarikan diri dengan meninggalkan motosikal dinaikinya di Hentian Bas Marang di sini.

Tertuduh berjaya ditahan polis di rumahnya di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun berpandukan nombor pendaftaran motosikal terbabit pada 6 Jun lalu.

Suhaini yang mempunyai empat orang anak sebelum ini mempunyai tiga rekod jnayah mencuuri barangan pasar raya pada tahun 2019 dan 2021.

Dia didakwa mengikut Sesyen 380 Kanun Keseeksaan yang memperuntukkan hukuman penjaara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengawai Pendakwaan, Asisten Superintenden Othman Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : utusan Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)