Tidak melatah dek kecaman netizen, pelayan restoran air buah viral tenang, siap kongsi video masak-masak di pantai

encik gotenks
0

Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang memaparkan perangai tidak senonoh sekumpulan pelanggan lelaki bersama seorang pelayan wanita mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Di sebalik ribuan kecaman yang diIemparkan, pelayan kedai air buah itu nampaknya tenang dan langsung tidak melatah dengan apa yang berlaku.

Dalam satu kemas kini di aplikasi TikTok pada Isnin, dia turut berkongsi beberapa keping foto ketika mengikuti aktiviti perkhemahan di tepi pantai..

Tidak menulis sebarang kapsyen, perkongsian gadis itu yang menggunakan lagu Casablanca dendangan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin meraih lebih 170,000 tontonan di TikTok.

Beberapa foto memaparkan dia sedang berdiri di luar khemah, manakala dua keping lagi foto memaparkan dia sedang memasak di bahagian dalam.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam keras perilaku gadis itu, malah ada yang turut memanggilnya dengan gelaran sampah.

"Kak dah boleh menyorok dah kak. Satu Malaysia cari tu kak oi.

"Tak takut kena sebat di sana ke?

"Rupa comel, kenapa bagi orang peluk? Tak sedih ke conteng arang muka mak?

"Bawa-bawa jaga maruah kak, umur dah meningkat," tulis beberapa netizen.

Akaun TikTok milik pelayan wanita itu mempunyai 47,000 pengikut setakat Selasa.

Difahamkan, dia sebelum ini mempunyai satu lagi akaun dengan 362,000 pengikut, namun ia sudah lesap akibat disekat oleh TikTok, dipercayai akibat laporan daripada pengguna platform tersebut.

Penampilan wanita itu turut menjadi bahan kecaman netizen.

Semakan mendapati wujud beberapa lagi akaun TikTok yang menggunakan nama dan foto miliknya, namun tidak dapat dipastikan sekiranya ia akaun sebenar ataupun palsu.

Dia yang juga pengusaha kedai air buah di Terengganu sering tampil dengan gaya berbeza-beza, ada kalanya bertudung dan ada kalanya selesa membiarkan rambutnya menjadi tatapan umum.

Dia juga sering menjadi bahan kecaman kerana menggayakan baju terlampau ketat dan singkat ketika mengenakan tudung, yang mana ia dianggap memperlekehkan imej wanita Islam.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)