Ayah Mereka Telah Dirampas Oleh Perempuan Yang Keejam, Laknatlah Hidupnya!, Kata Datin Fatimah Ismail

OhMyPress
0

 


Episod yang melanda rumah tangga antara selebriti cantik, Puteri Sarah bersama suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof masih belum berkesudahan apabila pasangan ini dilihat berbalas kenyataan di media sosial masing-masing.


Lebih menghangatkan keadaan apabila selebriti itu dikatakan akan memfailkan penceraian mereka pada hari isnin minggu depan. 


Tidak ingin melihat mahlihai yang dibina anaknya dan Puteri Sarah berkecai begitu saja, Yusof Haslam tampil memujuk Puteri Sarah agak menimbangkan balik hasrat hatinya itu.


Namun, baru-baru ini ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail menerusi satu hantaran di IG Story meluahkan rasa tidak puas hati dengan kemunculan orang ketiga dalam rumah tangga anak lelakinya bersama menantu kesayangannya itu.


Menerusi hantaran tersebut, Datin Fatimah berkongsi gambar dua orang cucunya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah kapsyen padu yang ditulis olehnya.


Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang keejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidup mereka!


Untuk rekod, Datin Fatimah memaklumkan dia tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua Syamsul Yusof bersama Ira Kazar. Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.


Sumber: Datin Fatimah Ismail via OhBulan!

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)