Individu ada pnyakit NPD suka salahkan orang lain dan payah terima pandangan, kata Puteri Sarah

0

 


Pelakon Puteri Sarah mengakui pernah berdepan dengan individu yang sentiasa merasakan dirinya betul, tidak mahu menerima pandangan orang lain dan memiliki sifat empati yang rendah dalam hampir semua perkara.


Jelas Puteri Sarah atau pemilik nama penuh, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin baru didedahkan dengan informasi individu yang mempunyai personaliti atau karakter gangguan personaliti narsistik (NPD).


Nampak seperti perkara remeh dan tuan punya badan tidak hirau dengan keadaan dirinya, sebaliknya individu berada di sekelilingnya akan rasa rungsing dan mungkin menyebabkan hubungan renggang.


"Sebenarnya mereka yang mempunyai penyakit NPD sudah lama cuma mungkin kita tidak menyedarinya kerana kurang pendedahan mengenai isu mental ini.


"Mereka yang mempunyai masalah NPD ini akan merasakan diri mereka saja yang betul dan memanipulasi fakta. Bagaimana kita hendak membela diri dengan mereka yang bersifat NPD ini, kita tidak akan menang.


"Bukan itu saja, mereka akan memutar belitkan keadaan sehingga membuatkan kesalahan mereka menjadi kesalahan kita pula.


"Akhirnya kita sendiri mempersoalkan sama ada kita yang bersalah kerana bersikap dan memberikan reaksi sedemikian," kata Puteri Sarah.


Bagi pemilik personaliti itu ia boleh memberi impak negatif kepada kesihatan mental yang serius sekiranya terus terbawa-bawa dan tidak ditangani sebaiknya.


Tambah Puteri Sarah, mereka suka menyalahkan orang lain, sukar menerima pandangan orang kerana berpandangan bahawa idea yang diutarakan adalah sempurna, namun ia hanya berdasarkan idealistik bukannya realistik.


"Apabila personaliti ini tidak dikawal dan hingga memudaratkan rakan sekeliling, organisasi di tempat kerja, ia boleh berubah menjadi serius hingga membaahayakan diri dan orang lain.


"Bagi orang dengan personaliti narsistik ini, mereka menganggap dirinya sahaja yang betul dan orang lain semua salah.


"Tingkah laku ditonjolkan sentiasa mudah untuk menyalahkan orang lain sebab dia ada spesifikasinya yang tersendiri," katanya.


Sumber : Harian metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)