Yang kata saya terkena 'love scam' sebenarnya kepala otak mereka ada elemen scam, saya kini dalam fasa bahagia, sudah bertunang dengan Dr Azra, kata Azri Iskandar

encik gotenks
0

Pelakon Azri Iskandar mengesahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya yang juga penulis skrip, Dr Azra Diera, 43, di Kangar, Perlis pada 29 Jun lalu.

Azri, 54, ketika dihubungi berkata, dia kini dalam fasa bahagia menjalani hubungan itu selain sudah merancang untuk berkahwin.

"Perancangan nak kahwin mestilah jadi. Kami sedang dalam fasa gembira sebagai pasangan yang sudah bertunang sekarang. Kami bertunang pada 29 Jun lalu di kediaman keluarga Azra di Kangar, Perlis.

"Kami akan bernikah di Kangar juga dan majlis di sini pun ada. Cuma, tarikh saja belum ada lagi. Mungkin masa cuti sekolah akan datang, insya-Allah," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai dakwaan mengatakan dirinya terkena 'love scam', Azri juga pelakon drama Cinta Hilang Kata yang ditayangkan di saluran Astro Prima menafikan perkara itu.

"Kepala otak mereka yang ada elemen scam. Hati tak baik, boleh 'blah'," katanya.

Dalam masa sama, Azri memohon maaf kerana tidak boleh berkongsi gambar majlis pertunangannya bagi menghormati permintaan keluarga Azra.

"Maaf, Ara (Azra) dan keluarga tak izinkan. Tunggu kami kahwin saja," katanya.

Terdahulu, Azri dan pelakon Ellie Suriaty sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.

Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31; Farah Qistana, 29; dan Nur Anis Mastura, 27.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)