9 anggota polis terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan ditukar ke Sabah,Sarawak, kata Timbalan Ketua Polis Selangor

encik gotenks
0

Sembilan anggota polis yang sebelum ini disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan daadah, baru-baru ini telah ditempatkan untuk bertugas di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, siasatan berkaitan kesemua anggota terdiri daripada konstabel hingga sub inspektor masih dijalankan secara terperinci.

"Kesemua anggota yang terlibat telah ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.

"Siasatan masih dijalankan melibatkan semua aspek dan saya tegaskan bahawa Polis Selangor sama sekali tidak berkompromi terhadap anggota atau pegawai yang terlibat dalam sebarang kes jnayah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara khas Sinar Harian di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan sembilan anggota polis disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan daadah, baru-baru ini.

Anggota yang bertugas di Bahagian Siasatan Jnayah Narkootik (BSJN) itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, pada Jumaat.

Sasikala Devi berkata, kesemua anggota berpangkat konstabel hingga sub inspektor itu disiasat di bawah Sesyen 384 Kanun Kesekksaan selepas pihaknya menerima laporan daripada pengadu pada 26 Julai lalu.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)