Harga yahudi punca rumah siap gagal dijual, keluh rakyat

encik gotenks
0

Pembangunan berlebihan hartanah kediaman berharga terlalu mahal antara faktor penyumbang kepada peningkatan rumah siap dibina tidak terjual, kata penganalisis.

Penganalisis MIDF Research, Jessica Low, berkata unit siap tidak terjual di Malaysia meningkat kepada 35,592 unit pada suku pertama 2022 berbanding 27,468 unit pada suku pertama 2021.

Beliau berkata, pihaknya berpendapat bahawa pertambahan unit siap tidak terjual itu mungkin disebabkan oleh pembangunan berlebihan unit berharga terlalu mahal yang jauh dari pusat bandar.

Katanya, Johor mempunyai unit siap tidak terjual tertinggi iaitu 5,992 unit pada suku pertama 2022 berikutan kekurangan permintaan..

"Sementara itu, kami berpendapat bahawa peningkatan unit siap tidak terjual pada suku pertama 2022 mungkin disebabkan oleh gangguan kepada aktiviti ekonomi akibat beberapa sekatan dan kawalan pergerakan.

"Sentimen belian hartanah bertukar menjadi berhati-hati berikutan penularan pandemik COVID-19," katanya kepada BH.

Perangkaan awal Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) merekodkan sebanyak 35,592 rumah siap dibina tidak terjual bernilai RM22.45 bilion pada suku pertama 2022.

Memandang ke hadapan, Low berkata, pihaknya berpendapat bahawa unit siap yang tidak terjual boleh berkurangan pada suku akan datang berikutan pembukaan semula aktiviti ekonomi.

Selain itu, katanya, inisiatif i-Miliki yang diumumkan kerajaan baru-baru ini boleh membantu mengurangkan unit rumah siap tidak terjual memandangkan ia akan menyokong minat belian pemilik rumah kali pertama.

Kerajaan memperkenal inisiatif pemilikan perumahan Keluarga Malaysia atau i-Miliki yang menawarkan pengecualian duti setem 50 hingga 100 peratus untuk pembeli rumah pertama.

Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem sebanyak 100 peratus, manakala bagi rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50 peratus.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib, ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat berkata, sejumlah 35,592 rumah siap dibina tidak terjual setakat suku pertama tahun ini, yang membabitkan nilai RM22.45 bilion.

Beliau berkata, jumlah itu adalah penurunan lebih tiga peratus berbanding suku keempat tahun lalu, yang ketika itu merekodkan 36,863 rumah siap dibina tidak terjual bernilai RM22.79 bilion.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Berita Harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)