Netizen tuduh Aeril Zafrel terlalu sangat manjakan Wawa Zainal

encik gotenks
0

Pasangan suami isteri, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel adalah contoh pasangan selebriti popular tetapi yang paling kurang kontroversi.Pasangan ini kini aktif menjadi usahawan dan semakin melebarkan sayap dalam dunia perniagaan.

Namun, kemesraan pasangan ini telah mendapat kritikan dari seorang netizen yang mengatakan Aeril Zafril dikatakan terlalu manjakan isterinya, Wawa Zainal.

Menerusi laporan dari rotikaya, Aeril telah memuat naik komen netizen tersebut di media sosial. Netizen tersebut turut meminta supaya jangan mengikut Aeril yang manjakan isteri serta mendakwa Islam hanya menyuruh lelaki menjadi pelindung wanita.

“Islam hanya menuruh lelaki menjadi pelindung wanita. Dahlah manja, kalau kaya nak bilang orang. Nak bina masjid nak tunjuk-tunjuk. Itu riak namanya. Sorrylah Aeril I am not your fan,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Aeril mempersoalkan kembali kenyataan yang ditujukan kepadanya serta bertanyakan adakah lelaki sememangnya tidak boleh memanjakan isteri.

Perkongsian Aeril itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang menyifatkan individu berkenaan busuk hati serta iri hati melihat kebahagiaan orang lain.

Rasanya tidak salah pun manjakan isteri sendiri, bukannya dia yang buat sampai dia kelihatan semacam hamba atau takut bini.

Mungkin yang beri komen itu iri hati kerana tidak dimanjakan suaminya sehingga menyebabkan dia meninggalkan komen sedemikian rupa...

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)