Terpulang apa orang nak kata, ini cara saya hargai isteri, kata pempengaruh Tiktok

encik gotenks
0

"Setiap suami ada cara tersendiri untuk menghargai isteri, jadi terpulanglah apa orang nak kata," kata pempengaruh Tik Tok, Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman, 30.

Beliau memberi reaksi itu selepas video terbaru dimuat naik di Tik Tok, @prince.syed.syahid.real dan Instagram @prince_syed_syahid mendapat kecaman segelintir netizen.

Menerusi video itu, Syed Muhammad Shah Hasif dan isteri, Fatin Syazwani Ishak, 24, hadir ke majlis perkahwinan dengan menggayakan persalinan sedondon berwarna campuran kuning serta kelabu.

Bagaimanapun, ada netizen mendakwa gaya mereka keterlaluan selain mempersoalkan kegigihan Syed Muhammad Shah Hasif menjahit pakaian untuk isterinya.

"Video itu diambil ketika saya hadir ke perkahwinan sepupu isteri di Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini. Perkongsian itu biasa saja sebenarnya, namun pakaian kami menjadi bahan kecaman netizen.

"Pakaian itu saya jahit sendiri pada saat akhir dan mengambil masa seminggu untuk disiapkan, malah memang dibuat khas untuk majlis berkenaan.

"Cuma, saya ada baca beberapa komen mempersoalkan mengapa saya tidak beli pakaian siap saja daripada membuang masa menjahit sendiri," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Syed Muhammad Shah Hasif berkata, dia tidak pasti apa motif pemakaiannya dipersoalkan kerana ia dilakukan untuk menggembirakan isterinya.

"Sebenarnya, sejak dulu lagi saya suka menyiapkan isteri terutama pakaiannya... jadi ia bukan satu isu. Kini, isteri sedang hamil anak kedua kami dan bukan semua baju di luar sesuai dengan potongan badannya menyebabkan saya perlu menjahitnya sendiri.

"Lagipun, saya ada kemahiran menjahit... cuma ada tidak senang. Bagaimanapun, ada juga komen positif. Apa yang dikongsi ini untuk memberi inspirasi kepada suami mahupun isteri bagi menghargai pasangan mereka," katanya yang pernah tular kerana menjahit 30 pasang baju raya untuk isterinya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)