Hero Alom ditahan polis kerana bersuara sumbang dan tidak kacak

encik gotenks
0

Seorang penyanyi lelaki di Bangladesh terpaksa menandatangani pemberitahuan permintaan maaf oleh polisi setelah diberitahu bahwa dia terlalu jelek untuk menjadi penyanyi, surat kabar New York Post melaporkan kemarin.

Penyanyi yang dikenal sebagai Pahlawan Alom itu juga dikabarkan didesak untuk menghentikan nyanyiannya.

Menurut Alom, pada pukul 6 pagi (waktu setempat) Kamis lalu, dia ditahan di markas polisi selama delapan jam, kantor berita AFP melaporkan.

“Semua orang secara rawak bertanyakan soalan kepada saya dan saya terpaksa menjawab tanpa henti.

“Seseorang kemudian tiba-tiba mencengkam rambut saya dan bertanya sama ada saya mempunyai wajah seperti ‘hero’ (wira),” kata Alom kepada laman berita India Today.

Pihak berkuasa didakwa berang terhadap rakaman Alom yang menyanyikan lagu klasik oleh pemenang Anugerah Nobel, Rabindranath Tagore dan penyair negara, Kazi Nazrul Islam, demikian menurut AFP.

Polis memberitahu bahawa mereka menerima banyak aduan mengenai nyanyian Alom. Penyanyi itu kemudian memohon maaf atas lagu-lagu tersebut selain kerana memakai pakaian seragam polis dalam klip videonya.

“Dia mengubah sepenuhnya gaya tradisional nyanyian lagu itu namun kini, memberi jaminan kepada kami bahawa tidak akan mengulangi perkara itu,” kata detektif Dhaka, Harun ur Rashid.

Alom yang mempunyai hampir dua juta pengikut di Facebook menyiarkan video muzik baharu selepas kejadian itu yang menunjukkan dia berada di sebalik jeriji besi dan hampir dihuukum bun0h.

“Ini adalah Bangladesh yang merdeka. Jika saya tidak boleh bercakap, menyanyi atau melakukan aktiviti riadah, maka saya rasa hak saya sedang diraagut,” katanya kepada India Today. – Agensi

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)