Tinggalkan 3 anak kecil di rumah tanpa jagaan, ibu hamil berdepan hukuman penjara 10 tahun

encik gotenks
0

Gara-gara mengabaikan tiga anak kandungnya tanpa jagaan selama empat bulan, seorang ibu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan.

Masanizah Roslan, 40, yang kini sedang hamil bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahajasemua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu am sekolah didakwa dengan cuai meninggalkan tiga anak kandungnya yang ketika kejadian berusia enam, lapan dan 11 tahun tanpa jagaan. .

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Gadong Perdana pada 25 Mei sehingga 23 September 2021.

Bagi pertuduhan kedua tertuduh berdepan dakwaan melakukan kesalahan serupa terhadap ketiga-tiga anak kandungnya itu di tempat sama sama pada 16 Jun sehingga 18 Jun 2021.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Sesyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari yang menjalankan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh yang sedang hamil dan tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana mengalami alahan selain bergaji kecil.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 September depan untuk bagi serahan dokumen serta lantikan peguam bela.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)