Bukan saya, saya tak pasti siapa yang Adi Putra cuba hubungi, kata Abdul Rahman Mt Dali

encik gotenks
0

"Bukan saya."

Itu kata Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali berhubung hantaran dimuat naik pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra di Instagram, malam tadi.

Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, dia juga baru mengetahui hantaran Adi itu selepas disampaikan rakannya pada pagi hari ini.

"Saya pun kawan baru hantar pagi ini, tiba-tiba saja. Saya tak pasti siapa yang dia hubungi. Nanti saya dapatkan maklum balas daripada kakitangan siapakah yang dia cuba hubungi.

"Tunggu saya dapat respons staff (kakitangan) dulu. Ada ke Adi Putra 'call' tapi tak jawab. Pagi ni depa (mereka) mungkin tidur lagi. Semalam ada diskusi lewat malam," katanya menerusi mesej WhatsApp kepada Harian Metro.

Hantaran dimuat naik Adi itu menimbulkan pelbagai persoalan termasuk ada pihak membuat spekulasi ia membabitkan bayaran dan pemberian bonus.

Bagaimanapun, menurut Abdul Rahman, tidak ada sebarang isu dibangkitkan sebelum ini.

"Tak ada apa-apa isu sebelum ni," katanya ringkas.

Terdahulu, Adi menerusi hantaran dimuat naik di Instagram seolah-olah menyindir pihak penerbitan iaitu Studio Kembara yang sukar dihubungi.

Malah, ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu, Adi meminta menghubungi pihak penerbitan.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bakal ditayangkan di 200 pawagam seluruh Indonesia bermula 31 Ogos ini dan tayangan perdana filem itu akan dibuat di sana pada 26 Ogos ini. x

Ditanya mengenai kutipan setakat ini, Abdul Rahman berkata, ia sudah mencecah RM94.4 juta dan masih ditayangkan di sini.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)