Netizen Indonesia dan Malaysia saling berebut asal usul silat, Yayan Ruhian minta cari sumber boleh dipercayai sebelum nak 'claim' sesuatu

encik gotenks
0

ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perbalahan netizen di media sosial.

Netizen di Malaysia dan Indonesia dilihat tidak bersependapat mengenai perkara ini dan ‘claim’ kononnya silat berasal dari negara masing-masing.

Mengulas mengenai perkara itu, pelakon aksi dari Indonesia yang juga merupakan bintang filem ‘Mat Kilau’ iaitu Yayan Ruhian berkata masyarakat harus memandang ilmu persilatan ini sebagai satu seni yang mampu mengeratkan hubungan dua negara.

“Silat di Indonesia itu diibarat seperti silaturahim, di Malaysia juga saya rasa begitu, jadi saya yakin kepada sesiapa yang menyatakan atau mengaku dirinya seorang pesilat pasti akan menjunjung tinggi nilai sebuah persilatan itu.

“Saya tahu netizen adalah orang yang cerdik dan tahu menentukan mana yang baik atau buruk mengikut sumber boleh dipercayai.

“Hargailah seni silat ini sebaik-baiknya,” komen Yayan pada mStar.

Artikel menarik lain : Hormati jadual ‘shooting’ Mat Kilau, Yayan Ruhian hampir tidak muncul dalam John Wick 3

Di sebalik watak antagonis sebagai Toga yang digalasnya, Yayan mendedahkan kepada Tempo bahawa dia pernah hampir tidak berpeluang muncul di dalam John Wick 3 kerana menghormati jadual penggambaran Mat Kilau.

“Mereka hubungi saya pada April 2018 dan mahu saya mula shooting pada bulan Mei. Kebetulan saya sedang shooting Mat Kilau di Malaysia. Kerana profesional dengan kontrak, saya tolak.

“SAYA FIKIR REZEKI ITU DIATUR OLEH SANG PENCIPTA. RUPANYA FILEM ITU MEMANG DITAKDIRKAN UNTUK SAYA. EMPAT HARI SETELAH PANGGILAN YANG PERTAMA ITU, PIHAK PRODUKSI JOHN WICK 3 KEMUDIANNYA MENGHUBUNGI SAYA KEMBALI UNTUK ATUR JADUAL MENGIKUT KESESUAIAN SAYA,” KEPADA TEMPO.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Yayan meluangkan masa menziarahi pusara pahlawan Mat Kilau di Kampung Kedondong, Jerantut, Pahang.

“Sebelum kembali ke Indonesia, berziarah ke Makam Pahlawan Mat Kilau. Terima kasih kepada seluruh saudara-saudara di Malaysia, kami sudah diterima dengan baik di sini. Harap-harap boleh silaturahim dan berjumpa lagi. Mohon maaf zahir batin jika ada silap dan khilaf,” titipnya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online dan sinar harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)