Header Ads

Cukup sampai disini, tak mungkin saya terima Shuk kembali dalam hidup saya, kata Rossa Sera

Jika minggu lalu, pelawak Shuk Sahar dijemput sebagai tetamu program Hard to Heart, semalam isterinya pula, Rossa Sera diundang ke program MeleTOP.

Menerusi video dikongsikan oleh pengguna TikTok, Sera dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melangkah masuk..

Merasakan dirinya tidak lagi mampu memberi kebahagian buat Shuk, Sera meletakkan noktah terhadap hubungan mereka dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

"Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri.

"Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.

"Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia," katanya ketika muncul dalam program Meletop pada malam Selasa.

Rumah tangga pasangan itu sebelum ini sering dilanda badai apabila pelawak itu didakwa bersikap curang terhadapnya.

Melihat apa yang berlaku sebagai satu ujian buat mereka berdua, Sera memberitahu dia sentiasa memberi kata-kata semangat buat Shuk untuk terus tabah berhadapan dengan dugaan.

"Ini juga ujian buat Shuk. Saya tidak pernah salahkan dia. Bukan senang dia nak lalui semua ini Sehingga sekarang saya masih memberi kata-kata semangat buatnya.

"Sepanjang berdepan dengan masalah ini, saya banyak mengadu dengan ibu bapa selain berserah kepada Allah untuk apa sahaja ketentuan-Nya. Saya perlu banyak bersabar," katanya.

Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.