Ibu tengking guru di sekolah, berang hukum murid cara kasar dengan buku

encik gotenks
0

Baru-baru ini heboh di media sosial yang memaparkan satu video menunjukkan seorang wanita yang dipercayai ibu kepada pelajar sedang bersemuka dengan pihak sekolah mengenai insiden berkenaan.

Ianya susulan viral dakwaan seorang guru memukuI muka seorang pelajar menggunakan buku.

Kelihatan daripada video berkenaan adalah guru wanita dipercayai individu yang bertanggungjawab terhadap perlakuan berkenaan serta seorang lelaki dipercayai pengetua sekolah.

Difahamkan, guru tersebut menghukum pelajarnya itu tidak membawa rekoder untuk menduduki ujian amali bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik.

Walaupun guru tersebut membuat permohonan maaf, si ibu bertubi-tubi mempersoalkan tindakan memukui anaknya di bahagian muka.

"Macam buku tu dia (cikgu) tepuk. Nanti mama nak tepuk muka cikgu... sepuk muka cikgu," kata wanita berkenaan yang meminta anaknya melakonkan semula kejadian yang berlaku.

"Buatlah!" balas guru berkenaan secara spontan.

Enggan meneruskan pertengkaran, guru berkenaan memaklumkan bahawa ibu pelajar tersebut mempunyai banyak pilihan untuk menyelesaikan isu membabitkan anaknya.

"Jadi selepas ni banyak je pilihan yang ada. Saya boleh je tak nak ajar dia, boleh suggest kat cikgu-cikgu lain untuk ajar dia. Atau dia boleh pindah sekolah," katanya.

Si ibu bersetuju dengan cadangan tersebut kerana tidak mahu guru berkenaan masih mengajar anaknya.

"Saya pun lagi tak nak ajar," jawab guru tersebut.

Guru itu turut mengakui terdapat beberapa pelajar lain yang dipukulnya di atas beberapa sebab seperti tidak membawa buku sekolah.

"Daripada awal lagi saya dah kata, memang itu salah saya... minta maaf," katanya.

Masih dipersoalkan alasan anaknya dipukuI, guru itu tampil menjelaskan bahawa pelajar berkenaan bersikap biiadab.

"Penting ke kau nak pukuI muka anak aku? Kau cikgu, kau ada pelajaran, belajar tinggi-tinggi tapi bod0h. Kau pukuI muka dia dengan buku macam tu.

"Anak kau kalau kena pukuI dengan buku, macam mana kau nak buat? Nak kata 'terima kasih cikgu sebab pukuI muka anak saya'," balas si ibu.

Wanita itu berkali-kali menegaskan bahawa dia tidak kisah sekiranya anaknya dihukum di atas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan, tetapi bukan memukuI di bahagian muka.

"Rotan pun tak kisah. Kena berdiri ke kena apa ke tak ada nak marah.

"Tapi ni muka kau pegang, banyak kurang ajar!," katanya.

Video asal yang dikongsikan di aplikasi TikTok bagaimanapun telah dipadam, namun kini telah tersebar di semua platform media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi.

Turut difahamkan, video berdurasi hampir lima minit itu merupakan sebahagian daripada rakaman penuh pertemuan ibu pelajar tersebut dengan guru dan pengetua sekolah.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)