Bagi saya, lelaki umpama 'pencuci mulut' saja, kata Raline Shah

encik gotenks
0

WALAUPUN perjalanan karier seni pelakon dan model Raline Shah terus mengharum, namun kehidupan peribadinya terutama soal jodoh tidak begitu memihak kepadanya.

Bagi pemilik nama sebenar Raline Rahmat Shah, dia mengakui pintu hatinya belum terisi dan berstatus solo.

"Bagi saya, lelaki umpama 'pencuci mulut' saja. Maksudnya, saya sudah gembira dengan kehidupan saya hari ini.

"Jika memiliki suami, perkara itu sekadar untuk melengkapi kehidupan saya saja. Jujurnya saya gembira dengan kehidupan yang dilalui sekarang," katanya.

Menurut Raline, walaupun menjangkau usia 37 tahun, wanita jelita itu tidak memaksa diri untuk menamatkan zaman solo dengan segera.

Katanya, walaupun kedua-dua orang tuanya sering mendesak dan bertanyakan hal terbabit, namun Raline kekal tenang dan enggan terburu-buru. "

Sebagai ibu bapa mereka mahukan yang terbaik untuk saya. Ibu saya berkahwin pada usia muda.

"Jadi, dia juga mahu saya mengikut jejak langkahnya, namun saya tidak boleh mengikut caranya itu," katanya.

Enggan membebankan fikiran mengenai soal jodoh, Raline yakin waktu yang tepat bakal tiba untuk dirinya menamatkan zaman solo.

"Saya percaya setiap orang mempunyai waktu masing-masing dalam hidup termasuk jodoh dan kematian.

"Soal jodoh, saya serahkan semuanya pada Tuhan. Jangankan jodoh, meninggal dunia pun saya tidak tahu bila waktunya," katanya.

Mengakui pernah melalui fasa kekecewaan dalam perhubungan, Raline mengakui jiwanya masih pedih dan sedih saat cintanya ditolak seorang lelaki kerana faktor keserasian.

"Mula-mula saya berasa sakiit hati. Namun, selepas difikirkan, saya akhirnya faham bahawa lelaki itu tidak dapat meneruskan hubungan cintanya bersama saya kerana tiada keserasian.

"Mungkin saya diibaratkan seperti aiskrim coklat yang paling enak, tapi sebenarnya dia (lelaki) itu mahukan aiskrim strawberi. Jadi, kami tidak bersama," katanya.

Mengakui bukan wanita yang cerewet dalam memilih pasangan, Raline berkata, dia tidak pernah meletak kriteria tertentu terhadap bakal suaminya.

Kata Raline, dia tidak pernah memandang kepada harta mahupun rupa, sebaliknya lebih memandang aspek etika dan kerohanian yang ada pada bakal suaminya.

"Saya tidak memerlukan seorang suami yang tampan dan kaya. Nilai estetika lebih penting berbanding itu semua.

"Apa yang penting, bakal suami saya nanti perlu berfikiran matang, memiliki akhlak tinggi dan seorang yang beriman," katanya.

Katanya, tindakan itu perlu dilakukan untuk memastikan mutu dan kualiti lakonannya menerusi naskhah yang diberikan sentiasa terjaga.

"Saya memang sentiasa selektif dalam semua perkara termasuk pemilihan watak. Sebagai pelakon saya rasa perkara itu agak penting untuk menjaga kualiti lakonan.

"Bagi saya, kalau terlalu banyak mengambil tawaran tanpa memikirkan mutu lakonan rasanya kurang elok.

"Kalau boleh saya mahu setiap watak saya memberikan impak kepada penonton sehingga mereka mengingati lakonan saya," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)