Saya tak sangka aksi bersahaja saya bergelek di depan KLCC dapat pujian netizen Indonesia, kata Baby Shima

encik gotenks
0

Penyanyi sensasi, Baby Shima menyifatkan netizen Indonesia yang memuji aksi bergelek dilakukannya ketika melintas jalan raya berhadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC), baru-baru ini sebagai perkara biasa dan sesuatu yang menarik. Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli berkata, dia juga tidak menyangka aksi bersahajanya yang bergelek ketika melintas jalan raya di KLCC itu menjadi perhatian netizen Indonesia sehingga mendapat pujian ramai. "Mungkin netizen Indonesia melihat perkara ini biasa (bergelek di atas jalan raya) dan sesuatu yang menarik sehingga jadi sebutan dan tarikan terbaharu jika saya ke Jakarta nanti. Lagi pula, mereka di sana tengah di landa kemeriahan Minggu Fesyen Citayam.

"Apapun, bagi saya goyangan atau gelek yang dibuat itu masih biasa lagi. Malah, rasanya kebanyakan netizen sama ada dari Indonesia mahu pun Malaysia, rata-rata ramai yang mendoakan saya. Boleh tengok komen mereka (netizen) itu di YouTube, Instagram atau Facebook," katanya kepada Harian Metro. Ditanya juga apakah pandangan sebenarnya terhadap netizen Malaysia yang lebih gemar mengecam apa saja tindakan dibuatnya, Shima berkata dia okey saja dan sentiasa berada dalam keadaan baik. "Saya tak boleh nak tutup mulut orang. Tapi, sebenarnya ramai juga netizen Malaysia yang tak jemu menyokong saya. Bahkan, apa yang saya perasan semua 'posting' (hantaran) di media sosial saya pasti ada kecaman walaupun ia berita baik.

"Lagi pula, kalau mereka (netizen Malaysia) nak teruskan mengecam saya, tak apalah. Saya selesa biarkan saja, sebabnya saya tahu apa yang saya buat. Saya tak buat apa-apa salah pun," katanya menerusi kiriman WhatsApp. Mengulas juga mengenai aktiviti terkininya, Shima yang popular dengan lagu Lalai dan cukup dikenali di Indonesia sebagai penyanyi dangdut memaklumkan dia akan menyertai Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang akan berlangsung tidak lama lagi. Baru-baru ini, Shima menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, dilihat sedang melintas jalan raya di hadapan KLCC sebelum berhenti seketika dan bergelek ketika berada di garisan pejalan kaki.Dia juga menulis kapsyen untuk video itu, 'bergoyang sebab kereta tak nak beri laluan!'. Apa yang pasti, tindakan berisiko dilakukan oleh Shima cukup menarik perhatian netizen Indonesia yang menganggap dia berani dan tidak takut dengan kecaman netizen di negara ini.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)