Sudah usaha namun belum bertemu pengganti Vida, Iqbal menangis sebelum tidur fikir soal jodoh

encik gotenks
0

Baru-baru ini, usahawan kontroversi Iqbal Zulkefli ada memuat naik perkongsian di laman sosialnya menyatakan sehingga kini dia masih belum bertemu dengan pengganti Vida, selepas hubungan cinta mereka kecundang ditengah jalan tidak lama dulu.

Iqbal mendedahkan perkara ini selepas ditanya oleh netizen mengenai status dirinya sekarang ini.

"Jujur akak nak tahu, Iqbal dah ada girfriend atau seseorang yang istimewa di hati? Jawab dengan jujur,” tanya netizen.

Menurut Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, mendapatkan pasangan hidup yang boleh menerima kekurangan serta susah senang bersama tidak semudah disangka.

Malah kata bekas peserta program Big Stage 2022 itu, ada masa air matanya mengalir memikirkan soal jodoh yang belum tiba sebelum tidur.

"Belum (kekasih). Kadang-kadang saya stres fikir tentang jodoh. Saya boleh beli apa sahaja yang saya mahu tetapi pasangan hidup, ia tak semudah itu.

"Menemui orang yang jujur, sanggup susah senang dan boleh terima segala kekurangan, ia tidak mudah. Tak semudah orang ramai bertanya ‘Iqbal bila nak kawin? Iqbal dah ada semua kenapa tak kawin? Iqbal, kawin sajalah’.

"Kadang-kadang saya menitis air mata di tengah malam. Tolong doakan saya ya," kata Iqbal.

Sebelum ini, usahawan berusia 28 tahun itu pernah merancang untuk meminang Vida atau DSV pada tahun lalu namun hubungan mereka berakhir disebabkan konflik yang berlaku.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hujan ini juga menjawab persoalan netizen yang ingin melihat gambarnya ketika zaman kanak-kanak.

"Ini gambar saya. Ketika lahir, kulit saya betul-betul gelap seperti orang India. Sampaikan orang fikir ibu saya bela anak angkat. Berganjak usia tiga tahun terus berubah muka macam cina.

"Sebelah ayah saya ada arab, pakistan, india... entahlah. Saya pun pening. Apa yang penting saya sihat,” kata Iqbal.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)