Pemuda ini tidak kisah berhabis puluhan ribu ringgit ubah wajah jadi bintang K-pop

encik gotenks
0

 


Seorang lelaki Vietnam, sanggup berhabis wang sejak lebih sedekad lalu demi mengubah penampilan dirinya seperti bintang K-Pop.


Kisah Tran Dang Phuoc Cuong, 29, mahu mengubah dirinya bermula pada 2009 bagi mengubah nasib keluarganya selepas bapanya meninggal dunia, manakala ibunya terpaksa bertaruung nyawa di hospital kerana terbabit kemaIangan.


Anak kelahiran Da Nang itu dilaporkan menyambung pelajaran ke China dengan mengambil kursus bahasa Cina bagi meningkatkan peluangnya mencari kerja menyara hidupnya.


Dia juga mencari kerja sambilan sebagai penari di Shanghai, namun ditolak kerana penampilannya yang tidak begitu segak.


Tran Dang bekerja sebagai pelayan restoran dan mula menyimpan wang untuk mengubah wajahnya dengan menjalani pembeedahan plastik bagi mencapai impiannya itu.



Tran Dang berkata, hakikatnya tidak semudah seperti apa difikirkan.


Katanya, untuk sampai ke tahap itu dia pernah terfikir untuk berputus asa semasa dalam bilik pembeedahan.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)