Saya difitnah 'S', dia ada niat tertentu dan mahu malukan saya satu Malaysia, kata Mawar Karim

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini viral di media sosial apabila Mawar Karim berdepan dengan tindakan pengisystiharan bankrap selepas didakwa ingkar perjanjian dan tidak membayar pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang sahabat.


Mawar didakwa meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.


Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.



Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, Mawar gagal untuk melangsaikan hutangnya.


Justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada jawapan.


Tampil menjawap tuduhan tersebut, bekas isteri kepada Fizo Omar itu tampil mempertahankan diri dengan mendakwa difitnah seorang individu yang digelar ‘S’.


Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim, 33, berkata, individu bernama ‘S’ itu mempunyai niat tertentu yang bertujuan mahu memalukannya.



Dakwa Mawar, ini bukan kali pertama dia difitnah sedemikian.


“Wahai S, tak habis-habis lagi create cerita fitnah fasal saya. Last year SJR (sekatan jalan raya), cukup setahun fasal lari hutang, tiba-tiba mai (datang) bankrup pula dah.


“Nak bagi saya malu satu Malaysia, jangan one day terbalik pula ceritanya. Orang tahu siapa gerangan S ni,” tulisnya di Instastory pada Rabu.

Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)