Header Ads

Duta Besar Indonesia risau amah tak dapat gaji RM1,500 yang dijanjikan

 


Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono menyuarakan kebimbangan bahawa pembantu rumah dari negaranya mungkin tidak menerima gaji RM1,500 yang dijanjikan bagi mereka dalam memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani Malaysia dan Indonesia awal bulan ini.


Beliau berkata, MoU itu dengan jelas menyatakan bahawa majikan perlu membayar pembantu rumah “tidak kurang daripada RM1,500” terus ke dalam akaun bank mereka dan pemeteraiannya oleh Menteri Sumber Manusia M Saravanan dan Menteri Tenaga Kerja Indonesia Ida Fauziyah bermakna mereka mempunyai perjanjian.


“Mungkin sekarang orang akan kata, ‘Kerajaan saya tidak setuju untuk bayar. Jadi saya ikut kerajaan saya. Saya tidak akan bayar RM1,500.



“Ini akan menjadi masalah bagi kami,” katanya kepada FMT.


Beliau mengulas kenyataan Saravanan semalam bahawa kerajaan Malaysia tidak bersetuju dengan gaji RM1,500 dan terpulang kepada majikan untuk memilih membayar jumlah itu. Beliau juga berkata, gaji yang ditetapkan dalam MoU itu “bermula RM1,200”.


Hermono berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana masih belum bercakap dengan Saravanan sejak kenyataan itu dikeluarkan.



FMT telah menghubungi pejabat Saravanan dan sedang menunggu komennya.


Minggu lepas, Hermono berkata, MoU itu mengikat “dari segi moral dan undang-undang”, sambil menambah, pihak berkuasa dari kedua-dua negara mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan terhadap sebarang pelanggaran.

Sumber : FMT

No comments:

Powered by Blogger.