Sirim Perlu Dilakukan Untuk Banteras Pelitup Muka Hauk Di Pasaran, kata menantu Perdana Menteri

encik gotenks
0

 


Seperti yang ramai antara kita sedia maklum, baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai pengumumam pelitup muka bukan perubatan harus mendapat perakuan SIRIM bermula pada 4 Julai ini.


Bagaimanapun, perkara itu mendapat respon negatif daripada orang ramai mengenai pengumuman itu apatah lagi selepas tiga tahun barulah mahu dikuat kuasakan.

 

Malah, ramai yang meluahkan rasa bimbang kerana memikirkan mengenai kos yang akan meningkat kerana perlu mendapatkan pelitup muka yang mempunyai cop sirim.


Perkara itu turut mendapat perhatian pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie yang memaklumkan orang ramai tidak perlu panik kerana ia akan dikuat kuasakan pada 4 Julai depan.


Menantu kepada Perdana Menteri itu turut menjelaskan mengenai pelitup muka keluarannya selamat dipakai kerana telah diiktiraf oleh MDA (Medical Device Authority) sejak 2020 lagi.


 Dalamm pada itu, Jovian turut bersetuju degan langkah kerajaan mengenai cop Sirim pada pelitup muka kerana sekaligus dapat membanteras pelitup muka yang tiada kualiti di pasaran.

Berita berkaitan : Pelitup muka bukan perubatan kena ada tanda MS SIRIM

 Pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewartakan produk itu berkuat kuasa semalam.


KPDNHEP dalam kenyataan hari ini menyebut, penandaan MS SIRIM hendaklah diperoleh pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd, iaitu pihak berkuasa yang dilantik kementerian.


Menurut KPDNHEP, pewartaan itu bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan mahupun diimport mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.


"Dengan adanya penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan.


"Pewartaan ini adalah inisiatif kerajaan prihatin atas semangat Keluarga Malaysia bagi menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.


"KPDNHEP berharap isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti dalam pasaran negara akan dapat diatasi dengan pematuhan standard oleh pengilang dan pengimport," kata kementerian itu.


Pewartaan itu dibuat dalam Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan), di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.


Menurut kementerian itu, tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pengilang dan pengimport. Syarikat yang tidak mematuhi arahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.


Bagi individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi selama tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali.


Sumber : GuIapop dan Berita Harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)