Header Ads

Tegur anak jiran bermain bola dekat rumah, kes jiran tular berkeIahi selesai, kata Polis

 


Pergaduuhan antara dua individu di taman perumahan di Bandar Sultan Sulaiman dekat sini yang tular diselesaikan secara baik.


Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan daripada kedua-dua pihak berhubung kejadian yang dipercayai berlaku Rabu lalu.


"Kedua-dua individu berkenaan adalah jiran dan kejadian dipercayai berpunca daripada pihak pertama menegur anak jirannya yang bermain bola berdekatan rumahnya.



"Difahamkan, tindakan anak kepada pihak kedua yang bermain bola itu terkena bumbung rumahnya serta menyebabkan berlaku sedikit ker0sakan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, kedua belah pihak sudah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai perkara itu dan mereka juga bersetuju untuk menyelesaikan perselisihan faham secara baik.



"Kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).


"Polis ingin menasihatkan masyarakat untuk sentiasa menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup berjiran serta tidak menimbulkan perbaIahan atau selisih faham antara satu sama lain," katanya.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.