Janganlah rasa tertipu, saya minta maaf jika gimik dengan Zul Ariffin guris hati segelintir pihak, kata Ruhainies

encik gotenks
0

 


Pelakon Ruhainies, 30, mengesahkan lelaki misteri yang muncul dalam klip video malam berinai yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini ialah pelakon popular, Zul Ariffin.


Ruhainies berkata, penampilan Zul hanyalah sekadar gimik bagi mempromosikan produk kesihatan miliknya, sekali gus menafikan dakwaan sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan pelakon itu.


"Ya jejaka misteri dalam video yang dimuat naik di Instagram kelmarin ialah Zul Ariffin. Sebenarnya masa saya muat naik video itu, ramai yang sudah meneka dia.


"Dakwaan mengatakan kami sudah berkahwin atau bertunang adalah tidak benar. Saya dan Zul hanya berkawan baik dan dia antara kenalan selebriti yang saya rapat.


"Selepas video ini tular, saya baru sedar yang sebenarnya ramai nak tengok saya naik pelamin. Alangkah seronok kalau hari ini adalah hari bahagia itu. Apapun saya serahkan soal jodoh kepada takdir. Kalau jodoh sampai awal, cepatlah saya kahwin," katanya.



Menurut Ruhainies, dia memohon maaf sekiranya gimik yang dilakukan bersama Zul mengguris hati mana-mana pihak.


"Janganlah rasa tertipu sebab saya tidak pernah beritahu yang saya nak berkahwin atau bertunang. Video yang dimuat naik itu pun saya tak terangkan apa-apa, sebaliknya hanya mengambil konsep Bollywood.


"Lagipun semua orang tahu yang saya memang minat Bollywood dari dulu. Jadi saya ambil konsep ini selepas berbincang dengan rakan kongsi Sha Hasan dan kami bersepakat untuk jayakan video promosi produk sulung ini.


"Saya pilih Zul kerana pada mata saya dia adalah hero yang paling tepat. Tak lengkap sesebuah jalan cerita tanpa hero. Ibaratnya kalau sudah ada Anjali, kenalah ada Rahul. Jadi dalam video ini kami seperti watak Anjali dan Rahul dalam filem Kuch Kuch Hota Hai," katanya.



Terdahulu video berdurasi kurang satu minit yang dimuat naik Ruhainies menunjukkan dia memakai inai di jari dan berlari gembira diikuti jejaka misteri dari belakang tular di media sosial.


Memakai busana bertemakan Bollywood, Ruhainies turut menulis kapsyen istimewa yang menyatakan 'A night to remember. One step closer' pada hantaran terbabit.


Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah kelibat jejaka dalam video itu dikatakan mirip pelakon kontroversi Zul Ariffin.


Gara-gara perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada pengikut dan ada juga membuat andaian Ruhainies bakal menamatkan zaman bujang dengan Zul.

Sumber : Harian metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)