Kak Long tertekan sampai menangis periuk nasi kena pulau, janji takkan buat perangai tak senonoh lagi dalam live

encik gotenks
0

 


Siapa saja pengguna media sosial yang tidak mengenali Kak Long Dungun atau mendengar cerita tentang beliau. Dinobatkan sebagai manusia paling popular di media sosial setakat ini, tetapi popular bukan dengan cerita best tapi kontroversi yang tidak pernah berhenti dari melanda ibu muda ini.


Ramai netizen yang mengatakan Kak Long 7E sengaja menimbulkan kontroversi kerana marketing semata-mata. Terbaru, pihak polis kini melakukan siasatan kepada Wan Noor Baizura kerana keceluparannya ketika membuat live dan mengguris hati OKU.


Baru-baru ini, Kak Long 7E telah tampil membuat permohonan maaf kepada semua netizen terutamanya kepada mereka yang terkesan dengan kata-kata pedas dan perbuatannya.


Antara kesan buruk yang tidak pernah disangka akan menimpa dirinya adalah apabila periuk nasi beliau kini telah dipulau penduduk setempat serta dimarah orang ramai.


Kak Long yang dilihat sungguh beremosi sampai menangis menjelaskan itulah satu-satunya sumber pendapatan utama untuk menyara keluarganya selama ini.


Kak Long dikatakan sangbat tertekan sehingga pernah terfikir untuk melakukan tindakan yang mungkin boleh memberi kesan buruk kepada dirinya.


Dalam video live itu, Kak Long mengakui kesilapannya yang viral itu berpunca dari kekhilafan dirinya sendiri namun dia dikatakan sangat terkilan apabila beberapa video lama telah diedit dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawap.


Kak Long 7E turut berjanji kepada semua yang dia takkan berkata buruk atau marah-marah lagi dalam live walau apa terjadi. Dia sungguh kesal dengan tindakkanya sebelum ini dan dia berazam untuk menjadsi ibu yang lebih baik dalam menjaga anak-anaknya di masa akan datang.


Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen seakan tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Kak Long kerana sebelum ini beliau pernah berjanji sedemikian rupa namun mengulangi lagi kesilapan sama kerana dikatakan inginkan populariti.




Kredit : TikTok sagittarius_women dan sampin_eklusif_trengganu

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)