Saya dapat 'offer' jadi bilal, tapi pilih masuk AF3, kata Mawi

encik gotenks
0

 


Penyanyi Mawi, 41, mendedahkan dia ditawarkan menjadi bilal sewaktu terpilih menyertai program Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005.


Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkata kedua tawaran itu besar untuknya namun memilih menjadi artis atas restu kedua ibu bapanya.


"Saya berbelah bagi dan fikir adakah emak rela saya masuk AF3. Ini kerana, sekali melaungkan azan pun boleh tahan bayarannya.



"Sewaktu bertanya emak, dia tidak menjawab, tapi melalui perbuatannya saya simpulkan dia bersetuju. Saya tanya pula pada arwah bapa saya.


"Dia katakan tak mengapa, kerana apabila saya memilih menjadi penyanyi, saya boleh menjadi bilal kemudiannya. Tapi kalau saya jadi bilal, belum tentu saya boleh menjadi penyanyi," katanya.


Itulah antara kisah hidup Mawi yang diceritakan dalam bukunya, Mawi Dalam Lautan Manusia yang diancarkan hari ini.


Selain cerita AF3, Mawi turut menyelitkan banyak panduan dan teladan dalam buku itu terutama buat anak-anak muda yang berhasrat terbabit dalam industri hiburan.



"Biasa orang ingat dunia artis mengenai populariti dan terkenal. Hakikatnya banyak lagi perkara yang kita tidak nampak.


"Buku ini perlu anda baca sekiranya ada cita-cita menjadi artis. Buku ini boleh dijadikan panduan persiapan untuk menjadi selebriti," katanya.


Buku yang dijual dengan harga RM45 itu mula dihasilkan sejak setahun lalu. 

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)