Saya Memang Tak Boleh Anak Tengok Media Sosial, Hati Saya Pedih Tengok Orang Kutuk Dia, Kata Ibu Janna Nick

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Ke-34 dan seperti yang kita sedia maklum, selebriti popular Janna Nick telah merangkul anugerah Bintang Paling Popular tersebut. Semestinya kejayaan Janna cukup membanggakan kesemua ahli keluarganya.


Ibunya Shahzani atau lebih mesra disapa Mama Scha, berkata Janna seorang anak yang bertanggungjawab dan mengutamakan keluarga.


Menyedari anak keduanya itu sering dihimpit kontroversi, Scha mengambil keputusan untuk tidak membuka media sosial kerana bimbang hatinya tergores dengan pelbagai komen jahat yang ditulis netizen.


"Kemenangan ini paling bersejarah, hampir 10 tahun dia bekerja keras, apa yang saya nampak dia anak bertanggungjawab, berusaha untuk bahagiakan keluarga, memang Allah luaskan rezeki untuk dia.



"Walaupun selama ni ramai orang kecam dia, saya tak boleh tengok media sosial sangat sebab hati saya memang pedih kalau tengok orang kutuk dia tapi saya kenal dia macam mana.



"Nampak dia keras tapi hati dia lembut, saya memang tak boleh nak tengok media sosial, nampak berita tentang dia saya tak boleh tahan!" katanya.


Ibu berusia 48 tahun itu berkongsi luahan hatinya menerusi rakaman video berdurasi 10 minit yang dimuat naik Janna di saluran YouTube Janna Nick pada Selasa.


Dalam rakaman tersebut, ibu kepada empat anak ini dilihat sebak sehingga menitiskan air mata mengenang perjalanan sukar Janna sepanjang berada dalam industri seni.


Dalam pada itu, Mama Scha berkata dia tidak henti-henti mendoakan agar urusan Janna dipermudahkan dan pekerjaan yang dilakukan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain.


"Setiap hari dia keluar bekerja, saya doakan Allah permudahkan perjalanan dan setiap langkah dia. Saya doa dia bahagia dunia dan akhirat serta jadi anak terbaik yang boleh memberikan kebaikan, manfaat lebih ramai orang di luar sana.


"Itu yang saya doa setiap hari dekat dia. Tapi setakat hari ini saya bangga dengan pencapaian dia, banyak sangat pengorbanan dia, bantu sana-sini... semoga akan datang usahanya ini memberi kebaikan untuk orang sekeliling," ujarnya.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)