Saya simpan jambang, netizen kata muka macam Wukong, kata Dai Syed

encik gotenks
0

 


“Saya simpan jambang pun, orang cakap muka saya macam Wukong (watak animasi monyet).


Demikian luahan pendakwah selebriti, Dai Syed atau nama lengkapnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail yang mendedahkan dia berdepan kemurungan disebabkan beberapa siri kontroversi yang melanda dirinya.


“Saya berdepan tekanan perasaan dan jiwa dan antara yang saya hadapi termasuklah senang menjadi sedih dan trauma.


“Terutama apabila saya tertengok gambar masa pakai baju ‘kurta hijau’ (waktu ditahan polis). Saya rasa sedih dan ‘down’.


“Saya menangis seorang diri dan rasa macam nak menjerit, ‘overthinking’ (fikir sesuatu berlebihan). Ada waktu juga, saya rasa takut nak berjumpa orang luar sebab fikirkan pandangan orang terhadap saya. Dua bulan saya ‘kurung diri’ di rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.


Terpaksa menukar penampilan diri dan gaya kehidupan demi meneruskan hidup, Syed Iqmal, 26, berkata, dia perlahan-lahan berjaya lari dari masalah kemurungan dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.



“Saya berdoa kepada Allah SWT agar Dia tenangkan hati dan jiwa kita supaya diberikan kebahagian dalam hati.


“Benda ini pun (masalah kemurungan) datang daripada Allah dan sembuh pun atas rela-Nya,” katanya.


Dedah Syed Iqmal lagi, dia dapat mengawal masalah kemurungan dengan melakukan aktiviti-aktiviti sunnah seperti menunggang kuda.


“Baru-baru ini saya ada belajar menunggang kuda. Cikgu saya, Natasha Hudson ajar saya ‘trot’, belajar tunggang kuda sampai saya boleh ‘canter’. Alhamdulillah, itu semua untuk kita punya kesihatan mental. Banyak kelebihannya,” ujarnya.



Terdahulu, Syed Iqmal berdepan tiga dakwaan termasuk merogol dilepaskan selepas diikat jamin bernilai RM35,000 pada 15 Disember lalu.


Dia ditahan pada 27 November lalu selepas seorang wanita membuat laporan polis didakwa dirogol pendakwah itu.


Selepas itu, muncul tujuh lagi laporan polis daripada tujuh mangsa yang turut tampil membuat laporan sama termasuklah guru dan pelajar kolej.


Selepas 13 hari direman iaitu pada 10 Disember lalu, bekas peserta program Da’i musim keempat itu kemudian didakwa atas dua tuduhan iaitu persetubuhan luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya, manakala dakwaan merogol seorang wanita di Mahkamah Shah Alam. 


Sumber – K! ONLINE.

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)