Caprice seorang lelaki yang sangat penyayang dengan anak saya, kata Farra Inalis

encik gotenks
0

 


 ‘Takut hubungan terganggu sekiranya menghebohkan kepada umum sebelum perkahwinan.’


Perkara tersebut yang terbit daripada mulut penyanyi rap sensasi, Caprice mengenai alasan merahsiakan urusan pernikahannya dengan Farra Inalis atau Elis yang berlangsung kelmarin.

Tutur pemilik nama penuh Ariz Ramli, 32, itu, dia tidak berniat untuk merahsiakan mengenai hari bahagianya tetapi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tidak baik, tindakan tersebut perlu dilakukan.

“Saya rasa ini waktu yang terbaik selepas terlalu banyak hal-hal yang tak diingini berlaku.


“Ramai yang datang dan pergi daripada hidup ketika saya dilanda masalah tetapi Elis setia di sisi. Itu antara sebab saya memilihnya untuk menjadi isteri,” katanya dalam program MeleTOP malam tadi.


Berkongsi mengenai hubungan yang terjalin, dia memberitahu sudah mengenali Elis sejak setahun lalu.



“Sudah setahun saya mengenalinya dan dia sering memberi semangat kepada saya dalam setiap perkara.


“Niat merahsiakan hubungan kami adalah bagi mengelakkan terlalu banyak campur tangan orang luar. Takut perancangan terganggu sekiranya menayang hubungan kami terlalu awal.


“Kalau nak tahu, sejak hari kami ambil keputusan untuk bernikah sehingga hari perkahwinan, banyak ujian yang berlaku. Namun Alhamdulillah, semuany berjalan dengan baik semalam,” kongsinya lagi.


Sementara itu, Elis pula mengakui hatinya mula terpaut selepas melihat sikap penyayang Caprice terhadap anaknya, Aleesya Sofea yang kini berusia lima tahun.



“Dia seorang yang penyayang dengan kanak-kanak dan sangat rapat dengan anak saya, memang tak nampak palsu langsung.


“Salah satu sebab saya setia bersama dia ialah sokongan daripada keluarga. Saya tahu dia ada ego dan barannya sendiri, daripada situ saya tenangkan dia serta terus beri semangat kepadanya,” katanya lagi.


Untuk rekod, pada 15 November lalu penyanyi lagu Baby Sayang itu mengejutkan ramai apabila sekeping foto pernikahannya tular dalam media sosial.


Tidak lama kemudian, Caprice mengakui sudah bernikah dengan Elis yang juga berasal dari Kelantan.


Difahamkan, Elis merupakan seorang janda anak satu dan mempunyai seorang anak perempuan daripada perkahwinan terdahulu bernama Aleesya.


Sumber :- K! ONLINE


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)