Anak muda perlu jadikan Rauf sebagai idola dan belajar jadi kaya sepertinya

encik gotenks
0

 


Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menjawab persoalan mengenai kekayaan yang harus dicontohi orang muda.


Katanya, beliau bukan baharu dalam bidang perniagaan sekali gus ia bukan suatu perkara pelik jika dirinya memiliki kemewahan.


“Usia saya dah 60 tahun, saya bukan budak baharu yang nak membina kejayaan, sudah pasti saya sudah memulakan perniagaan 40 tahun terdahulu. Sewaktu saya 20-an, saya sudah memulakan kerjaya sebagai ahli perniagaan dan juga saya orang korporat.



“Saya pernah menjadi pegawai eksekutif yang tersenarai di bursa saham, saya pernah uruskan syarikat besar walaupun pada 1978, saya merupakan anak kampung yang diambil Mara (Majlis Amanah Rakyat) untuk masuk ke institut kemahiran di Kampung Pandan. Tetapi saya bangga walaupun pendidikan itu nampak rendah iaitu seorang yang ada sijil tahun 1978, tetapi saya berjaya buktikan kebolehan yang Allah bagi sehingga saya berjaya sehingga hari ini.


“Saya tidak perlu cakap kenapa saya berada di sini tetapi tanya bagaimana membina kehidupan ini dengan penuh usaha dan tekad seharusnya menjadi contoh kepada anak muda,” katanya dalam program Sembang Politik menerusi Facebook Utusan Online.



Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, beliau mempunyai syarikat bekalan minyak yang besar di Malaysia, malah telah menjadi tokoh korporat seawal usia 32 tahun.


“Saya menawarkan diri, belajarlah bagaimana untuk dapat mengecapi kejayaan, tidak semudah jalan pintas tapi banyak ruang yang diberi kerajaan. Saya cukup bangga ‘Rauf repair aircond (penghawa dingin)’ kerana itu pendidikan asas 40 tahun dulu. Kita anak kampung, anak petani jadi saya mesti kembali berbakti kepada mak ayah saya,” katanya.

Sumber : Utusan Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)