Janda Kelantan Jadi Rebutan Lelaki, DSV Sampai Tak Menang Tangan Terima Lamaran Lelaki Bujang

encik gotenks
0

 




"Saya setuju 200 peratus saham janda lagi tinggi dan lebih mahal berbanding anak dara, pasti ramai yang tercabar dengan janda terutama janda Kelantan.


"Saya tengok dekat aplikasi TikTok pun ramai lelaki mengatakan keinginan untuk memperisterikan janda.




"Iyalah janda sekarang pun dah pandai berhias, cantik-cantik... itulah sebab anak teruna ramai gilakan janda. Kalau tak manalah orang gilakan kita sampai macam tu sekali," katanya kepada mStar.


Sementara itu, Vida berkata sepanjang empat tahun memegang status janda, dia pernah dihampiri oleh beberapa orang lelaki bujang yang menyatakan hasrat mahu memperisterikannya.


Ini termasuklah kontroversi cinta tak kesampaian dengan bekas pembantu peribadi (PA) Ahmad Iqbal Zulkefli sebelum ini.


Vida bagaimanapun memberitahu dia belum bersedia untuk bergelar isteri semula kerana masih trauma dengan kegagalan tiga perkahwinan sebelum ini.



"Kalau ikutkan lamaran daripada lelaki bujang yang masih teruna ni orang kata riyak pula... tapi hati ini tak boleh dipaksa-paksa terima orang.


"Apabila hati dah retak lagi la takut... lebih-lebih lagi saya pernah trauma melalui alam perkahwinan dahulu, jadi saya dah tak sanggup nak hadap,


"Saya enjoy dengan cara saya setakat ini, buat apa suka... nak bercuti, nak shopping saya buat sendiri sahaja," ujarnya.

Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)