Viral makan 'mewah' tepi pantai sehingga dikecam netizen, Nadir Al-Nuri tidak melatah

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini viral beberapa keping foto di media sosial yang memaparkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman makan beramai-ramai di tepi pantai.


Ramai netizen yang mengecam dan mendakwa dia menyalah gunakan dana yang diderma orang ramai seperti yang tular di laman Facebook.


Menerusi satu hantaran balas di ruangan komen di Facebook, Muhammad Nadir Al-Nuri berkata, dia tidak menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk rakyat Palestin bagi sarapan bersama ahli kumpulan Cinta Gaza Malaysia.



Katanya, makanan jenis falafel yang dimakannya seperti yang tular di laman sosial hanyalah berharga RM100 untuk 15 orang makan.


“Ni part mana pula makan mewah ni? Makan falafel dalam RM100 untuk 15 orang makan mewah ke?


“Kalau nak sumbang, sumbanglah. Saya memang peminta sedekah tapi Alhamdulillah bukan untuk diri saya,” balasnya kepada seorang netizen di laman Facebook.


Tidak melatah dengan komen tersebut, Nuri enggan melayan individu yang baru sahaja mengenalinya. Katanya, rakyat Malaysia tidak mengetahui latar belakang mereka yang berada di sana.


Saya okey je kalian yang baru kenal kami nak komen apa pun. Kalian bukan kenal yang duduk dengan kami ni yang mana satu pejuang, yang mana satu keluarganya ada syahid, yang mana satu hidup ikat perut. Tempat ini nampak je mewah tapi dalam 15 orang makan tu RM100 lebih je.


Teruskan dengan komen masing-masing, hinaan dan cercaan masing-masing. Semoga Allah memberkati kalian semua.

Tambah Muhammad Nadir Al-Nuri, dia meminta netizen yang mengecamnya supaya selidik dahulu cerita sebenar sebelum menyebarkan sebarang berita.



“Tahu cerita ke ni? Kalau dah tanya niat tak baik dapatlah jawapan tak baik. Akhlak baik tu semua orang Islam dituntut bukan satu pihak saja.


“Bukan saya sorang ada malaikat catat dosa pahala,” katanya.


Sumber: Twitter @NadirAlNuri

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)