Saya seakan tak boleh terima kenyataan jadi nanny kerana rasa terlalu muda, kata Noraniza Idris

encik gotenks
0

 


NORANIZA Idris, 53, mengakui tidak dapat menerima hakikat apabila dirinya kini bergelar nenek ketika menerima kelahiran cucu sulungnya, Hannah, Mac lalu.


Noraniza atau mesra disapa Kak Ani berkata, dia berasa masih terlalu muda untuk menggalas gelaran itu.


"Masa mula-mula dulu saya seakan-akan tak boleh terima kenyataan yang saya sudah menjadi nenek. Lagipun saya sudah lama tidak mempunyai anak kecil, mungkin sebab itu saya kekok.


"Tapi, lama-kelamaan saya sudah selesa dan terus hilang perasaan itu sebaliknya sekarang lebih sayang. Jujur cakap perasaan sayang pada anak dan cucu ini berbeza.




"Lagipun saya tiada anak perempuan. Bila lama tak jumpa, rasa rindu itu sukar untuk diungkapkan," katanya.


Menurutnya, dia juga menggelarkan dirinya sebagai Nanny berbanding nenek.


Bayi perempuan berusia enam bulan itu adalah hasil perkongsian hidup anak sulung Noraniza, Aliff Haiqal dan isteri, Ezza Nafiesha Zakaria.


Mereka mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2019 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Noraniza mengakui berasa paranoid ketika waabak C0vid-19 mencatatkan angka kes positif tinggi sebelum ini.


"Saya seorang yang 'ikut buku' sikit. Bila kerajaan kata jangan keluar rumah, saya akan duduk di rumah saja. Nak keluar ke halaman rumah pun rasa takut.



"Sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu, saya duduk rumah saja. Nak jumpa cucu pun saya rasa risau. Saya selalu telefon anak untuk memastikan keadaan kesihatannya berada dalam keadaan baik.


"Kalau dia mengalami batuk-batuk kecil, saya akan nasihatkan supaya buat pemeriksaan. Takut juga kalau penyakit lain yang timbul," katanya.


Menurut Noraniza, tahap paranoid yang dilalui begitu teruk sampaikan dia terpaksa menegur suaminya.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)