“Yang penting tak kacau orang” - Bertatu Di Bahagian Dada, Baby Shima Enggan Ulas

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini penyanyi berbakat, Baby Shima ada memuat naik beberapa foto memaparkan dia bersama dengan seorang lelaki bernama @amnazhan. Gambar itu telah menarik minat netizen kerana memperlihatkan lukisan seperti tatu di bahagian dada, penyanyi Baby Shima mengundang kecaman netizen di laman sosial Instagram.


Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli yang dihubungi mStar bagaimanapun tidak mahu mengulas sama ada ia palsu atau tidak, sebaliknya membiarkan netizen menilai sendiri.


Sudah lali dikecam, penyanyi berusia 29 tahun ini menganggap apa sahaja perkongsiannya tetap akan dikritik netizen.


"Biarlah netizen yang menilaikan sendiri. Sebab saya ni bercakap baik pun tetap tak diterima netizen. Jadi, saya buat apa yang saya suka. Yang penting tak kacau orang sudah.


"Sekarang ini kalau kita post atau buat kandungan apa saja netizen akan kritik atau hentam. Ada saja yang tidak kena di mata mereka.


"Contoh, saya ada perasan orang buat content bagi sedekah pun orang bercakap juga yang dia nak menunjuk-nunjuk dan kena kecam," katanya kepada mStar.


Rata-rata netizen ingin mengetahui lukisan tatu di dada penyanyi lagu Roadblock Hatiku itu palsu atau sebaliknya.





Dalam pada itu, Shima berkata netizen tetap akan memberi kecaman biarpun dia berkongsi perkara yang baik di Instagram.


Malah Shima menasihati netizen agar berhenti mengikutinya di laman sosial supaya tidak menambahkan dosa.


"Apa saja kecaman atau kritikan, saya memang akan buat tak tahu saja. Saya pernah post pakai tudung nyanyi lagu ketuhanan pun tetap orang kecam.


"Bagi saya, apa kita nak buat... buat saja la. Yang penting kita tak kacau kehidupan orang lain dan kalau rasa berdosa, jangan tengok.


"Ini rasa berdosa pun masih tengok. Kalau tak nak berdosa, jangan main media sosial. Fokus saja pada amal ibadah," ujarnya.

Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)