Lebih baik saya takut dengan askar lsreaI, kata Ariz Ramli

Anonymous
0

 


Aktivis kemanusiaan, Caprice telah memberi kerjasama kepada PoIis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkait misi bantuan kemanusiaannya ke PaIlestin melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew.


Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, dia telahpun dihubungi polis menerusi WhatsApp bagaimanapun menafikan dakwaan ramai bahawa kedudukannya turut dikesan Polis Antarabangsa (Interpol)


“Pagi tadi pegawai penyiasat atau inspektor akhirnya menghantar pesanan WhatsApp dan menelefon saya. Sebenarnya, Interpol tak cari pun saya.


“Laporan media tidak betul dan tajuk berita semua buat nampak macam ada kes luar biasa sampaikan orang komen umpama saya ini hilang atau sedang melarikan diri.


“Alhamdulillah, semua okey. tiada kes jnayah pun yang dibuka. IPD Wangsa Maju hanya nak minta keterangan saya,” katanya dalam satu hantaran status Instagram sebentar tadi.


Ujarnya yang kini masih berada di Mesir, membaca laporan dalam media sosial dan sebagainya membuatkan dirinya risau dan fikir bukan-bukan.



“Sebab saya melalui banyak perkara pelik sejak sampai (di sini). Apabila baca berita tentang Interpol, komen-komen media sosial dan terima banyak panggilan dari Kuala Lumpur, perkara itu buat saya lagi risau dan fikir bukan-bukan.


“Secara rasminya, ini baru tiga minggu saya bergerak seorang dengan misi sendiri #RoadToAlAqsa2030,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM kerana menghubungi dirinya.


Dalam pada itu, ujar Caprice menerusi Instagram Story, tiada apa yang perlu digembar-gemburkan kerana dia hanya memberi keterangan kepada pihak polis.


Katanya lagi, dia akan kembali ke Malaysia selepas menyelesaikan beberapa perkara penting di Mesir.


“Kalian semua, ini bukan kes 1MDB, Jho Low, Macau Scaam atau apa. Ini hanya saya perlu bagi kenyataan kepada IPD Wangsa Maju.


“Kalau saya takut, lebih baik takut dengan askar lsreaI yang hanya berapa ratus kilometer sahaja. Lebih baik saya takut dengan mereka (askar lsraeI).



“Harapnya, selepas saya selesaikan beberapa lagi perkara di sini, saya akan selamat baik Malaysia. Saya pun dah penat nak terangkan kepada Malaysia apa saya buat di sini,” kata pelantun lagu Lenglui itu.


Terdahulu, media melaporkan penyanyi rap itu sudah dihubungi polis dengan bantuan Interpol dan keterangannya akan dirakam dalam masa terdekat.


Semalam, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Caprice baru sahaja berhubung dengan pegawai penyiasat setelah pihak Interpol menghubunginya.


Polis memohon bantuan Interpol untuk mengesan Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat pendakwah Ebit Lew.


Ebit membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadapnya menerusi laman sosial dipercayai turut berkait misi bantuan kemanusiaannya ke PaIlestin, baru-baru ini.

Sumber : Kosmo Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)