Pelakon Wanita dan Suami Disiasat Kes Penipuan Darjah Kebesaran, Kerugian Lebih RM23,000

0

 



SEREMBAN – Seorang pelakon wanita bersama suaminya yang sebelum ini ditahan berkaitan kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia kini disiasat pula dalam satu lagi kes penipuan membabitkan tawaran darjah kebesaran negeri Terengganu yang tidak wujud.


Ketua Polis Daerah Seremban memaklumkan pihak polis menerima laporan berhubung kes berkenaan pada 18 Disember tahun lalu selepas seorang lelaki membuat aduan kerana dipercayai ditipu.


Mangsa yang merupakan pesara kerajaan didakwa ditawarkan bantuan oleh seorang lelaki tempatan bagi mendapatkan darjah kebesaran negeri Terengganu yang kononnya membawa gelaran Datuk.


Mangsa kemudiannya membuat enam transaksi pembayaran kononnya sebagai bayaran proses bermula Januari hingga November 2025, sebelum menyedari dirinya ditipu selepas kerugian berjumlah RM23,120.


Susulan itu, polis menahan dua individu iaitu seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Pihak polis turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati serta tidak mudah mempercayai tawaran mendapatkan darjah kebesaran yang tidak sah.


Orang ramai juga digesa membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa berkaitan sebelum melakukan sebarang pembayaran bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.


Sebelum ini, pasangan berkenaan dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan lain melibatkan urusan penjualan lot tanah kurnia di Selangor yang mengakibatkan kerugian sehingga RM1.5 juta.


Pelakon wanita itu dilaporkan ditahan di sebuah madrasah tahfiz di Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat selepas dipercayai bersembunyi di lokasi berkenaan.


oleh LIPUTAN7

8 Mac 2026

MALAYSIA 🇲🇾

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)